Malaysia atasi India bagi kes jangkitan Covid-19 per kapita

 

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan advokasi kesihatan memberi amaran kes harian Covid-19 Malaysia per kapita telah melangkaui India, malah kadar kematian juga lebih tinggi berbanding Indonesia dan Filipina.

CodeBlue di laman webnya berkata, Malaysia melaporkan 185.3 kes baharu Covid-19 per sejuta orang pada 23 Mei, berdasarkan purata bergerak tujuh hari, seterusnya menjangkaui 184.99 di India dan 76.31 di Amerika Syarikat.



Statistik itu berdasarkan data Johns Hopkins University yang diterbitkan di Our World In Data.

CodeBlue menambah, Malaysia berdepan lonjakan baharu jangkitan yang kini membelenggu sistem penjagaan kesihatan negara.

“Ini bererti semalam (23 Mei) Malaysia melaporkan 185.3 kes baharu Covid-19 bagi setiap sejuta penduduk, berdasarkan purata tujuh hari lalu.

“Menggunakan data per kapita membolehkan perbandingan antara negara dengan populasi yang besar dan kecil,” katanya.



Katanya, trajektori kes India berdasarkan per kapita menunjukkan trend penurunan sejak 8 Mei, sebaliknya jangkitan Malaysia masih meningkat.

India muncul sebagai pusat lonjakan kes global Covid-19 pada 5 April dengan lebih 100,000 kes baharu harian dan merekodkan 26 juta jangkitan serta lebih 300,000 kematian setakat 23 Mei.

CodeBlue turut berkata Malaysia telah menjangkaui Filipina dan Indonesia semalam dari segi kes jangkitan baharu harian yang disahkan, tanpa mengambil kira jumlah populasi.



Malaysia merekodkan 5,997.29 kes berbanding 5,121.29 di Filipina dan 5,067.14 di Indonesia berdasarkan purata bergerak tujuh hari, katanya.

Menurutnya, kes baharu harian Covid-19 juga menjangkaui Indonesia sejak 15 Mei.

“Filipina menunjukkan trend penurunan dalam kes purata jangkitan harian baharu Covid-19 sejak 15 April, manakala kes harian Malaysia meningkat sejak 1 April,” katanya.

Ia turut memberi amaran, Malaysia melaporkan bilangan kes baharu harian Covid-19 tertinggi per kapita di Asean selepas melangkaui Filipina sejak 26 April.



Berhubung kematian harian akibat Covid-19, katanya, bilangan kematian baharu di Malaysia per sejuta populasi berdasarkan purata bergerak tujuh hari, telah mengatasi Indonesia sejak 12 Mei dan Filipina sejak 16 Mei.

Semalam, Filipina dan Indonesia masing-masing merekodkan 0.99 serta 0.65 kematian baharu per sejuta populasi, berbanding 1.53 di Malaysia.

Malaysia merekodkan 2,309 kematian akibat Covid setakat ini dengan 61 kematian hari ini yang tertinggi direkodkan.

Malaysia atasi India bagi kes jangkitan Covid-19 per kapita


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Status Nilai 3: Mufti saran PDRM siasat isu lebih penting

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker