Bekas Ketua Srikandi Bersatu Terengganu didenda palsukan dokumen

KUALA TERENGGANU: Bekas ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen berkaitan program “Kembali ke Sekolah”, empat tahun lepas.

Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap Roslilawati Mukhtar, 45, yang juga Pengerusi Pertubuhan Komuniti Gemilang Terengganu dan turut memerintahkan wanita itu dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, dia dengan curangnya telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu senarai nama 100 orang untuk program itu bertarikh 17 Dis 2020 berjumlah RM5,000 yang dia tahu bahawa dokumen tersebut adalah palsu.



Kesalahan tersebut dilakukan di Ketengah Holding Sdn Bhd di Dungun pada Disember 2020.

Wanita itu dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mariah Omar manakala Roslilawati tidak diwakili peguam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing



Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)



Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker