Resepi Sotong Cili Padi Petai

Resepi Sotong Cili Padi Petai

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi berasaskan cili padi atau berlada.

Biasanya masakan ini menggunakan ikan,ayam atau ikan bilis sebagai bahan utamanya. Berbeza dengan resepi kali ini kita akan menggunakan sotong dan juga petai.



Jika anda tidak pernah mencubanya dan inginkan kelainan dalam masakan anda, apakata anda cuba resepi ini. Berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda dapatkan dipasaraya.

Bahan-bahan

3 ulas bawang merah
2 ulas Bawang putih
½ genggam cili api
2 ulas cili merah
1 batang serai
Segenggam petai (sukatan mengikut anggaran sendiri)
500g sotong (hiris dan potong bulat)

Kaedah



Goreng dahulu sotong yang telah diperasakan dengan garam dan sedikit kunyit. Ketepikan
Kisar semua bahan kecuali serai.
Tumbuk pecah serai
Tumiskan bahan kisar, masukkan serai.
Apabila cili telah mula garing, masukkan sotong yang telah digoreng awal tadi.
Masukkan petai dan biarkan sehingga semua bahan sebati
Siap.

Untuk mengelakkan sotong berair anda boleh letakkan ia didalam periuk dan panaskan ia sehingga air sotong mulai kering, kemudian gorengkan ia sebelum ditambah cili api. Diharap anda mencuba resepi ringkas dan mudah ini, anda pasti suka akan rasanya. Selamat mencuba!

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Resepi Sotong Cili Padi Petai




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi daging masak hitam Sarawak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker