‘Gambar ikonik Anwar tulen’ – AP sanggah laporan lidah rasmi PAS

‘Gambar ikonik Anwar tulen’ – AP sanggah laporan lidah rasmi PAS

Agensi berita antarabangsa, the Associated Press (AP) menafikan dakwaan gambar Anwar Ibrahim pada 1998 miliknya adalah tidak tulen.

Gambar ikonik tersebut diambil di luar perkarangan mahkamah Petaling Jaya pada 30 September 1998 oleh jurugambar AP, Ed Wray. Ia menunjukkan Anwar yang bermata lebam mengangkat tangannya.



“Kami yakin gambar tersebut adalah betul dan tidak dimanipulasi,” kata Pengurus AP Global News Fisnik Abrashi menerusi emel kepada Malaysiakini.

Penafian itu susulan laporan lidah rasmi PAS, Harakahdaily yang mendakwa gambar tersebut adalah hasil “edit”, dengan memetik juruvideo media yang telah bersara yang hanya ingin dikenali sebagai Hanafiah.

Hanafiah berkhidmat dengan Channel News Asia sebelum bersara dan kini merupakan ketua penerangan Bersatu Tangga Batu.

Dalam video yang dimuat naik Harakahdaily di Twitter, Hanafiah mendakwa gambar itu diambil olehnya dan ketika itu Anwar tidak mengangkat tangannya. Maka, gambar itu adalah “buatan”.



Ketika dihubungi, Hanafiah memberitahu Malaysiakini yang gambar itu diambil oleh AP dan dia tidak pasti sama ada gambar yang terkenal itu disunting atau tidak.

Malaysiakini telah menghubungi Wray untuk mendapatkan responsnya.

Jurugambar yang membuat liputan ketika 1998 mengesahkan Anwar memang mengangkat tangan selama kira-kira dua saat, sebelum masuk ke kenderaan polis.



Semak fakta: Gambar ikonik Anwar angkat tangan bukan disunting

Namun, kebanyakan jurugambar terlepas untuk merakam saat itu memandangkan mereka cuba mengambilnya pada jarak 10 meter menggunakan kamera filem.

Untuk menjadikan keadaan lebih mencabar, kira-kira dua puluh pegawai polis telah berbaris dalam barisan membelakangi media untuk menghalang pandangan jurugambar melihat pergerakan Anwar.

Jurugambar AP Vincent Thian yang mengimbas negatif filem dari kamera Wray mengesahkan gambar ikonik itu merupakan antara gambar yang diambil Wray pada hari itu.



Thian berkata dia juga dapat mengambil gambar yang sama, namun memutuskan untuk menghantar gambar Wray ke pejabat AP di Bangkok kerana ia diambil dari jarak yang lebih dekat.

Gambar AP itu digunakan oleh banyak media antarabangsa dan menjadi imej ikonik era Reformasi.

Gambar itu juga dilakonkan semula dan menjadi poster untuk filem biopik Anwar yang ditayangkan di pawagam awal tahun ini.

Pada bulan lalu pula, pemimpin PN Muhammad Sanusi Md Nor membuat gaya yang sama di luar mahkamah Selayang selepas dia didakwa mengikut dua pertuduhan menghasut.



Menurut Sanusi, dia mengangkat tangannya untuk “lawan Anwar Ibrahim”, dan menjadi ikutan ribuan pengguna TikTok bagi menunjukkan sokongan kepadanya dan PN. Mk

‘Gambar ikonik Anwar tulen’ – AP sanggah laporan lidah rasmi PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker