PRN Johor: PN bergantung kepada akar umbi PAS untuk berkempen

Sebelum ini Ketua Penerangan PN Johor, Mohd Solihan Badri  memaklumkan bahawa Perikatan Nasional (PN) Johor tidak mengalami sebarang masalah dalam isu pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Malah beliau juga mendakwa tidak ada halangan PAS mahu menuntut jumlah kerusi yang lebih dalam PRN Johor ini.

Kononnya pemberian ini atas timbang rasa dan sikap tidak sombong Bersatu kepada parti komponen.



Umum mengetahui bahawa parti sepihan UMNO ini terpaksa mengharapkan jentera dan juga akar umbi PAS dalam berkempen memandangkan mereka tidak mempunyai jentera dan akar umbi yang boleh dikerahkan seperti PAS

Ini dapat kita lihat peranan PAS dalam menggerakan jentera PN dalam PRN Melaka sebelum ini.

Jadi malu apa bossku, tidak ada masalah dan wajar jika PAS mahu bertanding lebih kerusi daripada parti cicak yang berlagak naga ini.

Bersatu sebenarnya sedar bahawa rakyat masih ingat zaman gelap 22 bulan dibawah pemerintahan PH juga dinaungi oleh Bersatu yang merupakan sebahagian dari kegagalan PH sebelum ini.



Taktik cuci tangan dan cuba menyalahkan PH atas segala kegagalan mereka dulu tidak berkesan pada rakyat terutama dalam PRN Johor kali ini.

PRN Johor: PN bergantung kepada akar umbi PAS untuk berkempen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker