Bela anjing, Julia Farhana kata batas masih dijaga

Kuala Lumpur: Pelakon, Julia Farhana Marin menerima setiap teguran mengenai tindakannya memelihara anjing dengan hati terbuka.

Julia berkata, dia menjelaskan situasi itu di Instagram bagi mengelakkan sebarang salah faham berkaitan isu memelihara anjing bernama Julio itu.

“Saya sangat faham dan menerima setiap teguran dengan hati yang terbuka. Sebagai umat Islam, saya faham teguran itu.

“Namun, saya sendiri juga cuba sedaya upaya untuk menjaga batasan dalam memelihara Julio,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Julia, haiwan peliharannya itu bukanlah dipelihara di dalam rumah, sebaliknya diletakkan di taman rumahnya.



“Orang ingat, anjing itu berada di dalam rumah saya, tapi sebenarnya dia tak pernah masuk dalam rumah. Kalau masuk pun, hanya di kawasan tertentu sahaja memandangkan ada batasan yang kami tetapkan.

“Tapi, pintu bilik saya kebetulan terus dapat akses ke ruangan taman, jadi dapatlah saya berinteraksi dengannya dengan mudah,” katanya.

Ditanya sama ada dia pernah menawarkan kepada rakan bukan Islam untuk memelihara anjing itu, Julia berkata, dia pernah cuba mencari tuan baharu untuk anjing itu.

“Saya menyelamatkannya ketika dia masih kecil dan pada ketika itu, dia ada masalah kulit yang serius. Alhamdulillah, dia semakin sihat.



“Saya sudah pernah cuba mencari tuan baharu dalam kalangan rakan dan kenalan yang bukan beragama Islam. Namun, kebanyakan mereka sudah memiliki haiwan peliharaan masing-masing.

“Tambahan pula, tidak semua orang sanggup menggalas tanggungjawab untuk menjaga haiwan peliharaan disebabkan beberapa faktor antaranya komitmen masa dan juga perbelanjaan untuk makanan serta perubatan. Jadi, daripada dibiarkan, saya ambil tanggungjawab untuk memeliharanya,” katanya.

Di Instagram, Julia menjelaskan bagaimana dia melatih Julio supaya tidak menjilat dan kebanyakan tugas untuk menguruskan anjing itu diuruskan oleh pembantu rumahnya yang bukan Islam.

“Julio dilatih untuk tidak menjilat dan sentuh kami. Pembantu saya yang Muslim dan bertudung pun dia tak pernah sentuh sebab Julio tahu, dia tak boleh sentuh.



“Kalau dalam video pun, kalau perasan, dia tak sentuh saya langsung. Dia takkan jilat dan bukan jenis anjing yang berliur.

“Mengenai pemberian makanan, mandi, tukar pampers, semua itu diuruskan oleh pembantu rumah yang bukan Islam,” tulisnya.

Terdahulu, Julia dikritik dan menerima komen daripada beberapa individu mengenai tindakannya memelihara anjing, bahkan turut mendapat liputan daripada media berbahasa Cina.

Bela anjing, Julia Farhana kata batas masih dijaga

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker