MCA bidas DAP jalankan kempen jahat dan perkauman di Pulau Pinang

BUTTERWORTH: MCA Pulau Pinang mendakwa DAP menjalankan “kempen jahat dan tidak bertanggungjawab” dengan menggesa pengundi memilih parti itu bagi memastikan kerusi ketua menteri kekal dipegang wakil Cina.

Ketuanya Tan Teik Cheng berkata, perbuatan berkenaan tidak wajar dilakukan kerana mengikut konvensyen negeri itu sentiasa mempunyai ketua menteri berketurunan Cina.

Katanya, DAP dilihat cuba menimbulkan tanggapan palsu bahawa jika Barisan Nasional (BN) berkuasa di Pulau Pinang semula, kerusi ketua menteri akan dipegang wakil Umno.



“Saya ingin memberitahu orang Cina Pulau Pinang bahawa Umno sahaja tidak boleh mentadbir Pulau Pinang. Walaupun Umno menang, mereka memerlukan sumbangan kerusi MCA untuk mentadbir.

“Jika BN berkuasa, ketua menteri Pulau Pinang mesti daripada MCA atas semangat BN. Tiada keraguan tentang itu,” katanya disambut tepukan gemuruh 500 perwakilan yang hadir pada Konvensyen MCA Pulau Pinang.

Beliau turut mengingatkan bahawa DAP telah mengecewakan pengundi Cina sepanjang 22 bulan menjadi sebahagian kerajaan persekutuan.

Tan berkata, DAP memilih berdiam diri apabila kepentingan masyarakat Cina ditindas.



“Apabila DAP memerlukan undi Cina, mereka banyak berjanji. Tetapi apabila berkuasa mereka angkuh,” kata Tan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker