PRU15:Tunggu, tunggu, tunggu – Ismail

PRU15:Tunggu, tunggu, tunggu – Ismail

“ Tunggu, tunggu, tunggu,” hanya itu jawapan ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya mengenai tarikh pembubaran Parlimen.

Jawapan itu sekali gus menghangatkan lagi spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.



Sebelum ini wujud desas desus bahawa Parlimen mungkin akan dibubarkan pada Oktober atau November susulan pembentangan Bajet 2023 yang diawalkan kepada 7 Oktober depan, berbanding tarikh sebenar. Media melaporkan,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober ini diawalkan tiga minggu.

Ia dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selepas diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet.

Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Ismail Sabri akan membentangkan sendiri Bajet 2023 yang kebiasaan dilakukan oleh Menteri Kewangan.



Beliau yang Presiden Bersatu meramalkan Parlimen akan dibubarkan selepas 7 Oktober ini. MG

PRU15:Tunggu, tunggu, tunggu – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker