TMJ terima menghadap Anwar

TMJ terima menghadap Anwar

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan menerima menghadap Anwar Ibrahim sempena lawatan perdana menteri itu ke negeri itu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Tunku Ismail dengan beberapa gambar pertemuan tersebut, turut dikongsi di platform media sosial itu.



Terdahulu pagi tadi, perdana menteri bertemu rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di tapak projek Rapid Transit System Link (RTS Link), sebagai simbolik komitmen kedua-dua negara terhadap projek berkenaan yang kini sudah mencapai 68%.

Selain RTS, Anwar dan Lee turut menyaksikan majlis menandatangani pemeteraian memorandum persefahaman Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Gan Kim Yong, di sebuah hotel.

Anwar turut menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri bersama warga Pelabuhan Tanjung Pelepas di pelabuhan tersebut di Iskandar Puteri. FMT

TMJ terima menghadap Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perang Fatiya, Anju makin panas



Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker