Ahli ekonomi gusar simpanan KWSP pencarum Melayu rendah

Ahli ekonomi gusar simpanan KWSP pencarum Melayu rendah

Ahli ekonomi mahu kerajaan mencari jalan meningkatkan simpanan persaraan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), terutama ketika situasi dalam kalangan pencarum Melayu membimbangkan.

Barjoyai Bardai berkata, simpanan median RM5,000 pencarum Melayu bermakna tujuh juta ahli KWSP daripada kalangan kumpulan itu tidak akan mempunyai wang mencukupi menjelang persaraan.



Pensyarah dari Universiti Tun Abdul Razak itu, berkata sasaran simpanan asas minimum KWSP adalah RM240,000 yang sepatutnya menjana pulangan 6% setahun. Ini bermakna, pesara boleh mendapat RM1,000 sebulan.

“Jika seseorang bersara dengan simpanan RM50,000 dalam KWSP, ini bermakna mereka hanya mendapat pulangan tahunan RM250 sebulan. Itu tak cukup,” katanya kepada FMT. “Bayangkan situasi mereka bersara kurang daripada RM50,000. Ini menggusarkan.”

Minggu lalu, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan, berkata simpanan median KWSP dalam kalangan Melayu menurun daripada RM16,900 kepada RM5,500 susulan pengeluaran ketika pandemik Covid-19.

Ahmad berkata, ia menjadi penyebab utama kerajaan tidak membenarkan pengeluaran sekali lagi.



Barjoyai berkata, sekiranya masalah simpanan rendah tidak diselesaikan, ramai orang Melayu berusia terpaksa berterusan bekerja selepas bersara. Katanya, pasaran kerja akan penuh dengan orang berusia.

“Apa akan jadi mereka yang tidak mampu lagi bekerja? Mereka akan menjadi beban kepada kerajaan kerana mereka perlu dibela.”

Mengulas pemberian ‘one-off’ RM500 kepada ahli KWSP berumur 40 hingga 54 yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam Akaun 1, Barjoyai berkata, ia tidak banyak membantu memandangkan jumlah itu sedikit.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan mengumumkan pemberian ‘one-off’ tersebut dalam pembentangan Belanjawan 2023, sambil menambah inisiatif itu memanfaatkan dua juta ahli KWSP melibatkan kos RM1 bilion.



Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago pula mencadangkan dasar perlindungan sosial baharu dilaksana demi memastikan simpanan mencukupi apabila tiba persaraan.

“Masalah utama dalam KWSP adalah orang ramai tidak mempunyai simpanan cukup, jadi anda tidak menyimpan secukupnya untuk berdepan kos sara hidup.”

Beliau mencadangkan penubuhan dana bagi mereka yang bersara, namun tidak mempunyai simpanan mencukupi.

“Kita boleh mencari jalan bagi meningkatkan dana, seperti bon atau sumbangan. Dana itu sendiri mesti diuruskan KWSP atau Perkeso.



“Tetapi, ideanya adalah membantu agihan dana kepada yang memerlukan. Dalam pada itu, kerajaan perlu memacu usaha menambah kemahiran demi membantu pekerja mendapat lebihan wang, jadi mereka mampu menyimpan untuk persaraan.” FMT

Ahli ekonomi gusar simpanan KWSP pencarum Melayu rendah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)



Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker