MySejahtera Makin Menyusahkan

Oleh Nurul Aisyah

KJ MySejahtera

SEPATUTNYA sesuatu aplikasi yang ditambah baik akan memudahkan lagi pengguna namun berlainan pula dengan aplikasi MySejahtera. Aplikasi tersebut dilihat semakin rumit dan menyusahkan hidup rakyat.

Bayangkan berapa kali kita perlu daftar masuk dan daftar keluar MySejahtera apabila kita berkunjung ke “Shopping Complex”.



1. Masuk ke pusat membeli belah – satu kali
2. Masuk ke kedai A – dua kali
3. Keluar dari kedai A – tiga kali
4. masuk ke kedai B – empat kali
5. keluar dari kedai B – lima kali
6. masuk ke kedai C – enam kali
7. keluar dari kedai C – tujuh kali
8. masuk ke kedai D – lapan kali
9. keluar dari kedai D – sembilan kali
10. masuk ke kedai E – sepuluh kali
11. keluar dari kedai E – sebelas kali

Sebelum ini, kita hanya perlu daftar masuk ke 5 buah kedai dalam “shopping complex” sebanyak enam kali saja berbanding aplikasi MySejahtera yang kononnya ditambah baik oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebanyak sebelas kali.

Semalam KJ dalam satu hantaran Twitternya, berkata pasukan yang dipertanggungjawabkan akan memulakan proses penambahbaikan bagi memudahkan orang ramai memaparkan tahap risiko dan status vaksinasi masing-masing.

Aplikasi MySejahtera katanya akan ditambah baik dengan pengenalan ciri-ciri baharu bagi memudahkan penggunanya memaparkan status kesihatan mereka.



Khairy berkata, satu ciri terbaru dalam aplikasi MySejahtera ialah butang daftar keluar yang ditambah bagi menambah baik proses pengesanan kontak. Butang daftar keluar inilah yang akan semakin menyusahkan rakyat. Mereka mula mempertikaikan perkara ini. Macam inikah cara pemikiran lepasan “Oxford”? Benda “simple” jadi semakin rumit.

Related Articles

17 Comments

  1. Aku tak kisah nak scan seratus kali ke.. sambil jalan masuk/keluar kedai (tanpa berhenti) pun aku boleh scan, kecuali kalau kena beratur sekali sekala adatlah. Yang penting data aku keluar masuk ‘traceable’ supaya ada ‘measure’ kalau jadi perkara yang tak diingini. Mungkin aku dah biasa hidup susah agaknya, jadi yang remeh temeh tu aku tak rasa apa2.

    1. tgk contoh pergerakkan pun pegi shopping. bukan nk kurangkan pergerakan. komplen jer pandai. diri sendiri pun tak jaga.

      1. menyusahkan pada jenis manusia yg smuanya susah. komplen je tau.bende simple je tu. kalau susah sgt.. jgn masuk. kan sng!

  2. Penambahbaikan bertujuan memudahkan mengesan close contact. Yang ni penulis kena faham. Banyak kali daftar keluar masuk kedai tidak susah mana berbanding kesusahan mengesan close contact yang merayap di kedai-kedai.

    1. Hok aloh.. Berkira giler nk click je pun… Bukak phone nk cek noti xde mslh pulak… Ni la namanye pemikiran sempit.. Dok nk complain je, bkn nk bg solution…

    2. Ok ja. Macamana dengan mereka yang walk in ambik vaksin hari tu. Premis tak benarkan masuk dengan alasan tak tunjuk my sejahtera. Kad vaksin tak laku..Begitu juga yg berkongsi. Snap drp hp tak dipercayai..Macamana ni? Tolong atasi masalah ni.

  3. SETUJU…tak susah mana pun…main fb tengok whatsapp main game berjam2 boleh..nie utk mengrsan kontak rapat…untuk kebaikan aemua x ada masalah apa…. SETUJU

  4. Is a good idea having checkout button. At least make the tracing more efficient. And also not being listed as Casual contact when the COVID positive person check in after we left.

  5. Bagus lah function exit tu. Supaya tak menyusahkan org yg tak terlibat. Tak ke sia-sia nanti semua kena kuarantin. Padahal ramai yg dah keluar permis tu sebelum org yg sakit C-19 tu masuk.

    1. Think positively and try it first..jangan selalu cari salah silap kekurangan..and dont be so narrow minded to try new things/ideas.

  6. Penulis ni mcm xfhm,, chek in je kena scan,, chek out xyah scan hanya klik butang chek out je,, sambil berjln pn boleh buat ape yg susah,,

  7. Penulis berfikiran negatif. Belum tengok lagi dah buat andaian dan prasangka. Mungkin klik saje kot, bukan scan. Scan out is a good idea untuk tengok keberadaan kita sbg close contact atau tak dengan lebih tepat berbanding open ended mcm skrg

  8. Terbaik.. keluar jika ada keperluan. Kalau trip shoping2 ni minta maaf.. saya sangat setuju dgn penambah baikkan system mysjhtra ni.. mantap

  9. Rajin sgat nak keluar masuk banyak kedai tu dah kenapa..Stay at home ler. Keluarpon tak perlu lah ke bnyak tempat..kang kena covid mngelupur

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker