Kabinet setuju, kerajaan tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat buku Tommy Thomas

Kabinet bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) selepas mengkaji cadangan yang dibuat oleh pasukan petugas khas yang menyiasat buku memoir bekas peguam negara Tommy Thomas.

Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi Azalina Othman Said bagaimanapun berkata RCI itu akan mempunyai skop yang lebih luas daripada saranan pasukan petugas khas itu.

Siasatan terhadap buku Thomas ‘My Story: Justice in the Wilderness‘ dimulakan oleh pentadbiran Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berhubung dakwaan salah laku bekas peguam negara itu.



Dalam satu kenyataan hari ini, Azalina berkata kerajaan memandang serius dakwaan salah laku profesional oleh mereka yang memegang jawatan tinggi.

“Hal ini kerana ketelusan dan akauntabiliti adalah asas kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran keadilan (administration of justice ) dan institusi kerajaan.

“Oleh itu, cadangan Terma Tauliah (Terms of Commission) RCI ini akan mempunyai skop yang lebih luas dan tidak terhad kepada syor-syor yang telah dikemukakan oleh pasukan petugas khas.

“RCI ini bertujuan untuk mencari kebenaran serta mengemukakan syor kepada kerajaan untuk reformasi institusi perundangan negara dan bukannya untuk mencari kesalahan mana-mana pihak tertentu,” katanya.



Tambahnya, butiran lanjut mengenai RCI termasuk ahli akan didedahkan kemudian.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin



Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker