Pengkhianat perlu dihukum, Akta anti-Ali Baba bakal diperkenalkan

PETALING JAYA: Undang-undang anti-Ali Baba yang akan diperkenalkan tidak lama lagi membolehkan tindakan diambil terhadap rakyat tempatan yang “menyewakan” lesen perniagaan kepada pekerja asing, kata Rafizi Ramli.

Menteri ekonomi itu berkata, situasi “Ali Baba” yang didakwa semakin berleluasa itu berpunca akibat lambakan pekerja asing apabila negara terlalu bergantung kepada mereka terutama bagi sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).

“Bila pekerja asing dah ramai, orang kita pula pergi sewakan dan bagi lesen (dengan cara Ali Baba) untuk mereka buat perniagaan,” katanya di platform X.



“Akta anti-Ali Baba akan membolehkan tindakan diambil kepada rakyat Malaysia (yang) meng-Ali Baba-kan lesen dan lain-lain kepada pekerja asing tanpa menepati syarat-syarat.”

Isu itu kembali berbangkit apabila operasi besar-besaran memberkas pendatang tanpa izin di Jalan Silang, Kuala Lumpur Khamis lepas mendapati banyak lesen penduduk tempatan digunakan warga asing untuk berniaga.

Julai lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan dalam proses merangka dasar anti-Ali Baba bagi menangani kesan negatif budaya itu terhadap ekonomi.

Selain menyewakan lesen kepada warga asing, budaya ini turut membabitkan kegiatan “menjual” kontrak diperoleh mereka kepada pihak lain untuk mengaut keuntungan menerusi pembayaran komisen.



Justeru, Rafizi berkata, antara langkah-langkah untuk mengurangkan kehadiran buruh asing dalam negara adalah dengan menetapkan sasaran pengurangan pekerja sedemikian secara berperingkat menjelang 2030.

“Kementerian Ekonomi yang merangka Rancangan Malaysia akan memuktamadkan sasaran pengurangan pekerja asing secara berperingkat menjelang 2030,” katanya.

Mac lepas, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, kerajaan menyasarkan hanya 20% pekerja asing menjelang 2030, bagi memastikan semua majikan dan pemain industri mengutamakan tenaga kerja tempatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton



CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan



Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker