Warga emas pernah ditinggalkan di surau meninggal dunia

Warga emas pernah ditinggalkan di surau meninggal dunia

PERJALANAN terakhir.. Warga emas yang kisahnya pernah tular kerana ditinggalkan keluarga sendiri di surau meninggal dunia di Hospital Putrajaya semalam kerana dijangkiti COVID-19.

Selepas ditinggalkan pada awal tahun ini, lelaki itu kemudiannya dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan menempatkan, menanggung kos penginapan dan rawatannya di sebuah rumah penjagaan di Jenderam Hilir Sepang, Selangor.




GAMBAR FAIL seorang warga emas ditinggalkan di surau oleh keluarga terdekat pada awal Januari 2021.

“Pada 30/7/2021, kami telah menerima khabar duka bahawa pak cik yang yang dikenali pak cik Mohamed telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid 19 di Hospital Putrajaya.

“Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang beriman & ditempatkan bersama pada syuhada,” memetik hantaran di laman Facebook LZS.

Utv pernah menyiarkan mengenai kisah warga emas tersebut yang diajak oleh keluarganya untuk solat berjemaah di sebuah surau di Klang sebelum meninggalkannya seorang diri di surau tersebut dipercayai kerana tidak mampu menjaganya.



BERITA BERKAITAN Sampai hati ahli keluarga sendiri tinggalkan warga emas di surau..

Menurut LZS, kakitangan agensi itu segera ke surau tersebut untuk membantu individu tersebut selepas dimaklumkan seorang warga emas tidur di salah sebuah surau di Klang, Selangor.


SELEPAS ditempatkan di sebuah pusat kebajikan oleh Lembaga Zakat Selangor.

“Pilu hati kami ketika dia berkongsi cerita bagaimana dia telah ditinggalkan di sebuah surau. Warga emas itu tidak mempunyai zuriat kerana belum berumahtangga.



“Sebelum ini, dia dijaga oleh anak saudaranya. Namun sejak kesihatannya yang semakin merosot, ditambah pula dengan suasana yang tidak menentu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ahli keluarga yang menjaganya telah meninggalkannya di salah sebuah surau,” kata LZS dalam hantaran Facebook sebelum ini.

Menurut agensi itu, pada peringkat awal warga emas itu tidak menjangkakan dia akan diperlakukan sedemikian kerana rupa-rupanya pujukan ahli keluarga mengajak ke surau untuk berjemaah adalah merupakan rancangan untuk meninggalkannya.

“Pakaian juga telah siap diletakkan di dalam beg untuk bekalan dan ketika kami sampai, dia mengadu yang kakinya sakit akibat jangkitan kuman, perutnya lapar dan berada dalam keletihan,” katanya.

Kata kenyataan itu, warga emas itu kemudiannya bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan Rufaidah Home Care Services di Dengkil dan LZS akan menanggung kos penjagaan dan kos rawatannya. Utv




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wanita dapat suntikan vaksin ‘sanitizer’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker