Malaysia bukan negara sekular – setiausaha agung Umno

Malaysia bukan negara sekular – setiausaha agung Umno

“Tidak mungkin negara ini akan berubah menjadi negara sekular yang memisahkan pentadbiran negara dan negeri daripada agama Islam,” kata Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, dakwaan pemimpin PAS kononnya pentadbiran kerajaan perpaduan sedang menuju ke arah menjadikan Malaysia negara sekular tipu semata-mata.



Apatah lagi, katanya, kerajaan perpaduan terbentuk dengan kehadiran Ahli Parlimen Umno yang sudah tentu akan menentang habis-habisan, sekiranya perkara itu ingin direalisasikan, seperti didakwa.

“Perjuangan Umno meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan. Malaysia boleh menjadi negara sekular sekiranya dua pertiga Ahli Parlimen setuju meminda Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

“Takkan orang Umno bengong begitu (untuk menyokong pindaan), takkan orang Islam dalam PKR bengong begitu? Takkan lapan Ahli Parlimen Amanah bengong begitu? Kita masih ada iman, kita masih ada Islam dalam diri kita,” katanya dalam ceramah di Kampung Chabang, Kerteh, dekat sini, malam tadi.

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.



Asyraf berkata, Malaysia juga mempunyai Raja-raja Melayu yang mempunyai kuasa sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing dan Yang di-Pertuan Agong bagi Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

“Kalau ikut puak PAS tipu rakyat di bawah (kononnya) negara ini nak jadi negara sekular, kita masih ada Raja-raja Melayu. Jadi, tak mungkin negara ini jadi negara sekular.”

PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 Nov dan 2 Dis bagi pengundian awal serta hari mengundi. FMT



Malaysia bukan negara sekular – setiausaha agung Umno

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker