Abang Saga belasah rider, polis berkas 3 suspek

Abang Saga belasah rider, polis berkas 3 suspek

KLANG: Tindakan seorang lelaki yang memukul penghantar makanan menerusi video tular baru-baru ini mengundang padah apabila suspek bersama dua lagi rakannya diberkas pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata, tiga lelaki warga tempatan berumur 28 hingga 39 tahun itu ditahan sekitar daerah ini kira-kira jam 6.30 petang.



“Saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek utama terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

“Selain itu, semakan dijalankan turut mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan dadah,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lain berhubung kejadian tersebut boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Pada Ahad, seorang penghantar makanan dibelasah selepas didakwa membunyikan hon terhadap sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan lelaki di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat-Klang, menghala ke Klang.

Kejadian yang kemudiannya tular di media sosial itu menimbulkan kecaman netizen seterusnya meminta agar suspek terlibat segera diberkas pihak polis. Sinar

Abang Saga belasah rider, polis berkas 3 suspek



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker