Ganja perubatan: Tindakan PDRM di sempadan Malaysia-Thai dipersoal

Ganja perubatan: Tindakan PDRM di sempadan Malaysia-Thai dipersoal

Peguam reformasi undang-undang dadah Samantha Chong mempersoalkan logik di sebalik keputusan polis meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand berikutan penyahjenayahan ganja di negara jiran mulai 9 Jun lalu.

Kenyataan itu dibuat Chong selepas Utusan Malaysia melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan ujian meluas di pintu masuk sempadan Wang Kelian dan Padang Besar di Perlis pada 23 Julai.

Ketua Polis Perlis Surina Saad berkata daripada pemeriksaan ke atas 96 individu, 71 telah menjalani ujian air kencing dengan 12 daripadanya didapati positif ganja.

“Pertama, anda perlu faham bahawa mahkamah kita tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelia kes jenayah yang dilakukan di luar negara (dengan beberapa pengecualian seperti keganasan).

“Penggunaan dadah bukanlah satu kesalahan di luar wilayah. Jadi mengapa laksanakan ujian dadah secara rawak apabila mahkamah anda tidak dapat mendengar kes sebegitu?

“Kedua, penggunaan dadah bukanlah petunjuk kebergantungan atau ketagihan dadah. Ia hanya bermakna air kencing mengandungi kesan dadah,” kata Chong kepada Malaysiakini.

Dia turut memetik perbelanjaan besar yang terlibat apabila ujian air kencing secara rambang dilaksanakan.

Katanya negara membelanjakan RM164.72 juta pada 2016 untuk penguatkuasaan dan saringan ke atas 137,000 individu.

“Mengapa tidak belanjakan wang itu dengan lebih bijak?” tanya Chong.

Dia turut mengingatkan rakyat Malaysia yang ingin mencuba kanabis di negara luar yang telah menyahjenayahkan ganja agar mengambil tahu peruntukan Seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya.

“Jika ujian air kencing anda positif, anda dianggap telah menggunakan dadah itu, melainkan anda boleh membuktikan sebaliknya.

“Polis akan menggunakan ini terhadap anda,” katanya. Mk

Ganja perubatan: Tindakan PDRM di sempadan Malaysia-Thai dipersoal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker