Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Presiden Joko Widodo melahirkan rasa kecewa terhadap kerugian besar yang dialami Indonesia akibat kebiasaan sebilangan warga Indonesia (WNI) mendapatkan rawatan di luar negara, lapor CNN Indonesia.

Pada Rapat Kerja Nasional (Raker Kesnas) 2024 yang diadakan di Indonesia Convention Exhibition (ICE) BSD, Tangerang pada Rabu (24/4), Jokowi mengungkapkan negara mengalami kerugian Rp 180 trilion (RM53 bilion) kerana satu juta warga Indonesia masih memilih untuk mendapatkan rawatan di luar negara.



Dalam kenyataannya, Presiden Jokowi menekankan bahawa sebilangan orang lebih suka ke negara seperti Malaysia, Singapura, Jepun, Korea, Eropah dan Amerika sebagai destinasi rawatan mereka.

Ini mengakibatkan kerugian pertukaran asing berjumlah 11.5 bilion USD atau bersamaan dengan IDR 180 trilion yang boleh digunakan untuk pembangunan dalam negeri.

Biarpun melahirkan kebimbangan mengenai fenomena ini, Jokowi juga menyedari ada sebab di sebalik pilihan sebilangan rakyat untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Hal ini berkaitan dengan kualiti kemudahan dan perkhidmatan kesihatan di Indonesia yang masih belum mencapai standard maksimum.



Dalam usahanya untuk mengatasi masalah ini, Presiden Jokowi menekankan keperluan untuk memperkukuh industri kesihatan domestik.

Beliau menyatakan bahawa sebanyak 90 peratus bahan pengeluaran farmaseutikal masih diimport, begitu juga 52 peratus alat perubatan. Vc

Jokowi Kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung



Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker