Tarif 25 peratus terhadap negara bantah pembelian Greenland – Trump

Tarif 25 peratus terhadap negara bantah pembelian Greenland – Trump

Tarif 25 peratus terhadap negara bantah pembelian Greenland – Trump
Penduduk memegang sepanduk bertulis ‘Greenland bukan untuk dijual’ ketika mengambil bahagian dalam demonstrasi untuk membantah rancangan Trump di Nuuk semalam. – AFP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif baharu sehingga 25 peratus ke atas beberapa negara Eropah melainkan perjanjian berjaya dicapai untuk pembelian Greenland, lapor saluran berita CNN.

Pengumuman itu dilihat meningkatkan usaha jangka panjang Trump untuk mengawal wilayah Artik yang diperintah oleh Denmark tersebut.

Trump berkata, beliau akan mengenakan tarif 10 peratus ke atas mana-mana dan semua barangan dari Denmark, Norway, Sweden, Perancis, Jerman, United Kingdom, Belanda dan Finland bermula 1 Februari ini.

Ia kemudian akan meningkat kepada 25 peratus pada 1 Jun depan sehingga persetujuan dicapai.

“Kami telah memberi subsidi kepada Denmark dan semua negara Kesatuan Eropah (EU) serta negara-negara lain selama bertahun-tahun dengan tidak mengenakan tarif kepada mereka atau sebarang bentuk imbuhan lain,” tulis Trump dalam catatan di platform Truth Social.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Semangat Johor 1988: Perpaduan Melayu Sebagai Tanggungjawab Sejarah


“Kini, selepas berabad-abad, sudah tiba masanya untuk Denmark membalas budi. Keamanan dunia dipertaruhkan!” tambahnya.

Trump tidak menyatakan jenis tarif yang beliau rancang untuk dikenakan ke atas negara-negara Eropah, mahupun sama ada tarif 10 peratus itu adalah tambahan kepada apa yang telah mereka bayar. – AGENSI

Tarif 25 peratus terhadap negara bantah pembelian Greenland – Trump


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker