Belanjawan 2023 akan diteliti semula oleh Kerajaan Perpaduan

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan berkata rangka Bajet 2023 baharu akan merangkumi manifesto semua parti dalam kerajaan perpaduan.

Katanya, kerajaan juga akan meneliti bajet yang dibentangkan oleh menteri kewangan sebelum ini dan tiada halangan untuk meneruskan beberapa perkara yang baik untuk rakyat.

Ahmad berkata, bajet itu ditambah baik oleh urusetia khas bajet yang akan mempertimbangkan manifesto parti-parti tersebut yang positif untuk dinilai, lapor Utusan Malaysia.



“Ada pelbagai parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadikan dua pertiga. Majoriti parti-parti itu ada manifesto yang baik-baik untuk dilaksanakan.

“Ada dalam bajet yang telah dibentangkan oleh menteri kewangan sebelum ini dan tiada halangan untuk meneruskannya,” katanya.

Menurut Ahmad, terdapat beberapa penambahan lain juga akan dipertimbangkan dalam bajet baharu itu dan beliau akan membincangkannya pada 3 Jan ini.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengesahkan pembentangan Bajet 2023 dijadualkan pada 24 Feb depan dan memaklumkan, tiga minggu diperuntukkan bagi keseluruhan proses pembentangan termasuk perbahasan sebelum diluluskan.



Persidangan Dewan Rakyat dijadual bermula 13 Feb depan dan berlangsung selama 29 hari.

Bajet 2023 sebelum ini dibentangkan di Dewan Rakyat, pada 7 Okt lalu tetapi ia tidak sempat untuk dibahas dan diluluskan selepas Perdana Menteri ketika itu Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okt.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker