DUN Perak sebulat suara luluskan enakmen anti lompat parti

 

Kesemua 58 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 hari ini sebulat suara bersetuju dengan pindaan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bagi membolehkan Enakmen Anti Lompat Parti dilaksanakan di negeri ini.

Usul bagi pindaan tersebut dibawa oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) dan disokong Azman Noh (BN-Pengkalan Baharu).

Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dengan memasukkan beberapa perkara di dalam RUU itu dibahaskan oleh enam ADUN.

DUN Perak terdiri daripada 59 ADUN dan seorang ADUN, Nga Kor Ming (PH-Kepayang) tidak hadir pada persidangan hari ini kerana menjalankan tugasnya sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan di peringkat kerajaan Persekutuan.

Saarani sewaktu penggulungan RUU tersebut berkata akta anti lompat parti ini akan menguatkan semula kepercayaan rakyat terhadap amalan demokrasi.

“Ia dapat melindungi hak rakyat yang telah memberi undi serta kepercayaan tinggi kepada ahli politik ketika proses pilihan raya selain meningkatkan integriti wakil rakyat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kawasannya,” katanya.

Beliau berkata semua ahli dewan perlu mengakui bahawa sejarah telah membuktikan bahawa perbuatan melompat parti bukan sahaja satu bentuk pencabulan kepada amalan demokrasi tetapi merencatkan fungsi sesebuah kerajaan, malah boleh meruntuhkannya.

Jelasnya, kestabilan ekonomi dan sosial hanya mampu dicapai dengan wujudnya kestabilan politik yang sering berdepan ancaman akibat perbuatan melompat parti wakil rakyat terutamanya selepas era pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Saarai berkata proses seterusnya ialah mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi membolehkan RUU itu diguna pakai dan diwartakan.

Semalam, Saarani membentangkan RUU tersebut sebagai langkah bagi memastikan larangan pertukaran parti politik bagi ADUN Perak yang bertujuan untuk meminda beberapa perkara terlebih dahulu sebelum peruntukan boleh mula berkuat kuasa.

Terdapat lima fasal yang akan dicadangkan dalam pindaan RUU tersebut antaranya tajuk ringkas, peruntukan tentang permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan, makna “parti politik” dan  kekosongan luar jangka di Dewan Negeri.

Persidangan ditangguhkan ke satu masa yang tidak ditetapkan.

– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker