Speaker akan tentukan kedudukan 4 ahli parlimen GRS dalam masa 21 hari

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata dia akan membuat keputusan mengenai kekosongan empat ahli parlimen dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam tempoh 21 hari.

Johari juga mengesahkan dia sudah menerima surat rasmi daripada Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee pada 27 Dis lalu bagi meminta Dewan Rakyat memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa empat kerusi Parlimen itu akan dikosongkan.

“Di bawah Perkara 49A(3), speaker akan memutuskan sama ada kerusi ini akan dikosongkan atau tidak,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Johari juga berkata, Ronald mencadangkan supaya empat ahli parlimen GRS itu mengosongkan kerusi mereka.

“Saya memberitahu dia bahawa saya belum menerima apa-apa lagi. Dia menulis kepada saya secara rasmi pada 27 Dis. Jadi, sekarang saya mendapat semua suratnya dan saya akan mengambil tindakan sewajarnya,” kata bekas ahli parlimen Sungai Petani itu.

Johari berkata dia perlu meneliti perkara itu dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Saya perlu banyak membaca, meneliti dan saya berharap untuk menyelesaikan secepat mungkin.

“Saya akan mencari penyelesaian terbaik bagaimana untuk bertindak balas terhadap perkara ini dan itu akan mengambil sedikit masa,” katanya.

Johari pada masa sama menegaskan, selepas menerima surat secara rasmi daripada Ronald, menurut undang-undang dia mempunyai masa selama 21 hari untuk membuat keputusan.

GRS pada asalnya berikrar taat setia kepada Muhyiddin Yassin selaku pemimpin PN untuk dilantik sebagai perdana menteri namun sokongan itu berubah selepas Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri.

Pada 10 Dis, sekumpulan 15 Adun GRS dan empat ahli parlimen mengisytiharkan bahawa mereka “keluar” dari Bersatu. Mereka ialah Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

PN mendakwa empat ahli parlimen terbabit perlu mengosongkan kerusi masing-masing selaras dengan pelaksanaan undang-undang antilompat pari yang termaktub dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Awal hari ini, Ronald menegaskan empat ahli parlimen itu adalah antara calon yang bertanding sebagai ahli Bersatu dalam PRU ke-15 lalu.

“Melalui surat bertarikh 3 Nov kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, setiausaha Bersatu Sabah mengesahkan empat ahli Parlimen itu adalah antara calon yang bertanding sebagai ahli Bersatu. Keahlian mereka dalam GRS disediakan sebagai ahli Bersatu,” kata Ronald.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan

Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker