Kami mungkin fail semakan – Hisyam

Kami mungkin fail semakan – Hisyam

Peguam utama Najib Razak berkata pihaknya mungkin memfailkan semakan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Apabila ditanya sama ada pasukan pembelaan akan memfailkan semakan kes itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik, berkata beliau tidak dapat mengesahkannya.



“Saya ingin buat kenyataan ringkas. Keputusan hari ini, sudah tentu kami sedih kerana kami kalah.

“Buat masa ini tidak dapat mengatakan sama ada akan memfailkan semakan. Tetapi akan bincangkan kemungkinan untuk failkan semakan,” katanya kepada media di lobi Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas Najib dalam kes SRC International.

Ini bermakna bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan akan mula menjalani hukuman.



Najib pada 28 Jul 2020 didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC, menyusuli perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib. FMT

Kami mungkin fail semakan – Hisyam




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)



Suami Hana dari ‘neraka’

Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker