Munafik, Islam atau kufur, wajarkah mereka dibiarkan?

Munafik, Islam atau kufur, wajarkah mereka dibiarkan?

Membicarakan tentang golongan munafik, secara langsung akan timbul persoalan adakah mereka masih seorang Islam atau tidak kerana sukar menentukan kedudukan mereka. Di luar mereka mengaku sebagai Islam tetapi dalam hati bersarang sifat kekufuran.

Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w. menyebutkan tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu apabila berjanji ia mungkir, apabila diberikan amanah ia khianat dan apabila bercakap ia berdusta.



Oleh itu tutur Dr. Khairul Anuar Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), sehingga apabila ia dapat meninggalkan tiga sifat tercela ini barulah mereka tidak lagi mempunyai sifat munafik dalam diri. Dan munafik itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu munafik akidah dan munafik amalan.

Apabila bercakap pasti menipu, walaupun dari sudut akidah ia percaya kepada Allah, atau berbuat baik kepada ibu bapa. Dalam hal ini amalannya bagus akan tetapi dari segi percakapan ia menipu. Inilah yang kita sebut sebagai munafik amalan.

Maka menjawab soalan sama ada ia Islam atau tidak, sekiranya ia munafik dari sudut amalan sahaja, dia masih lagi sebagai seorang Islam, sebaliknya jika ia munafik dari sudut akidah, benar ia jatuh sebagai kafir dan kita tahu tempatnya sebagaimana yang disebutkan Allah dalam ayat 80 surah at-Taubah,

“Engkau (Muhammad) memohon keampunan bagi mereka atau engkau tidak memohon keampunan bagi mereka (adalah sama sahaja). Sekalipun engkau memohon keampunan bagi mereka tujuh puluh kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi keampunan kepada mereka. Yang demikian itu adalah kerana mereka ingkar (kafir) kepada Allah dan Rasulnya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik.”



Munafik akidah

Berkait dengan akidah, apabila terbit rasa permusuhan dengan syariat Islam secara jelas barulah kita kata ia kufur. Walaupun Allah menyebutkan tentang kerosakan yang dilakukan oleh munafik, serta ciri-cirinya yang turut disebut dalam surah Munafik, namun Baginda s.a.w. tidak menceritakan kepada sesiapa pun gerangan tubuh orang munafik di Madinah.

Andai disebutkan sudah pasti mereka akan dibunuh oleh sahabat kerana ada di kalangan para sahabat yang mencadangkan golongan munafik dibunuh sahaja kerana sudah pasti menjadi pengkhianat dan merosakkan Islam.

Menyokong agenda liberal dan LGBT juga merupakan tindakan yang boleh merosakkan Islam
Sabda Baginda s.a.w.



“Bagaimana aku mahu membunuh mereka kerana mereka mengaku Islam dan mengucap syahadah “La Ilaaha illallah”. Apabila mereka telah mengucap dan aku membunuh mereka sudah pasti orang akan berkata aku zalim,

“Muhammad ini sesama Islam dibunuhnya sedangkan mereka itu mengucap” walhal mereka tidak tahu bahawa orang itu adalah munafik. Jika ini berlaku sudah pasti akan mendatangkan mudarat dan fitnah yang sangat besar terhadap umat Islam.”

Tindakan Baginda s.a.w. ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. sangat menjaga ukhwah Islam dan tidak mahu ia menjadi bahan fitnah dikalangan orang belum Islam. Dan ini secara langsung menzahirkan lagi sikap Baginda s.a.w. dalam memelihara maslahah umat Islam di masa akan datang.

Bayangkan jika tindakan para sahabat itu dipersetujui, sudah pasti agama Islam dipandang hina dan umat Islam dilihat sebagai pengganas kerana ia boleh menjurus kepada tindakan yang bersandarkan emosi atau persepsi semata-mata. Hanya menganggap seseorang itu munafik atau mempunyai ciri-ciri munafik terus dihukum bunuh.



Oleh itu untuk melabelkan seseorang sebagai munafik perlu jelas akan hukumnya. Kita tidak boleh menuduh sembarangan tanpa usul periksa.

Bahkan Baginda sendiri hanya memberitahu kepada seorang sahaja sahabatnya iaitu Huzaifah. Baginda tahu jika disebutkan nama-nama mereka sudah pasti akan menyebabkan kerosakan dan kecelaruan dalam masyarakat. Wallahu a’lam Utv

Munafik, Islam atau kufur, wajarkah mereka dibiarkan?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)

Suami Hana dari ‘neraka’



Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker