Hasrat tiga beradik tunang serentak tidak kesampaian, 2 dua jemput ilahi

Hajat dua beradik Siti Nurzannah Kahdar, 25, dan Masrina, 20 mahu melangsungkan majlis pertunangan serentak pada bulan depan tidak kesampaian apabila kedua-duanya meninggal dunia akibat nahas jalan raya di Kilometer (KM) 71, Jalan Batu Pahat-Mersing pada petang Ahad.

Kakaknya, Rosnina M Riyanto, 28, berkata, kedua-dua adik tirinya itu merancang untuk mengadakan majlis pertunangan bersama seorang lagi adik beradik mereka, Masrini, 22.

Rosnina
Rosnina

 

“Hajat ibu kami mahu melihat ketiga-tiganya mengikat tali pertunangan serentak pada majlis yang diadakan pada 24 Febuari depan. Tarikh tersebut juga cukup istimewa kerana ia adalah hari lahir Masrina.

“Sudah tentu majlis pertunangan ini ditunggu- tunggu kami sekeluarga, lebih-lebih lagi kami 13 adik beradik cukup rapat walaupun berbeza ayah kandung. Namun kami sekeluarga kini reda dengan ketentuan Illahi,” katanya.

Rosnina memberitahu Siti Nurzannah dan Masrina sangat mesra dengan tiga orang anaknya terutama Nur Annalesha Rania Mohd Arifin, 6.

“Sewaktu kejadian, Siti Nurzannah memangku Nur Annalesha. Saya cukup sebak apabila mendapati arwah memeluk erat Nur Annalesha ketika kemalangan.

“Pelukan erat itu dapat melindungi anak saya dari terkena renjatan elektrik dan serpihan kaca,” katanya.

Dalam kejadian itu, Masrina dan anak sulung Rosnina, Mohd Ashraf Mohd Arifin, 11 meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala Siti Nurzannah meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom ( HEBHK).

Sementara, Annalesha Rania masih lagi menerima rawatan di HEHBK kerana cedera di bahagian kepala dan pinggul.

Sebelum itu, enam dilaporkan maut termasuk dua kanak-kanak selepas sebuah Perodua Myvi dinaiki lapan individu terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Honda Stream di KM 71 Jalan Batu Pahat- Kluang, di sini, pada kira-kira jam 4.40 petang pada Ahad.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker