Duta platform pelaburan OctaFX terus membisu

Duta platform pelaburan OctaFX terus membisu

Dua duta OctaFX iaitu pelakon Fizo Omar dan Wak Doyok terus membisu susulan platform pelaburan itu kini memasuki senarai amaran Bank Negara Malaysia (BNM).

Usaha Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada kedua selebriti itu gagal apabila mesej dan panggilan telefon tidak pernah berjawab.



Malah, usaha sama sudah dibuat sejak beberapa minggu lalu selepas BNM mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Menerusi tinjauan Harian Metro di Instagram Wak Doyok, paparan profil pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu masih menyatakan dia duta OctaFX.Terdahulu, pada Februari lalu Wak Doyok dan Fizo Omar dilantik menjadi duta broker global OctaFX.

Sebelum BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut memasukkan OctaFX dalam senarai Amaran Pelabur atas alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.

Untuk rekod, OctaFX adalah broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011.



Difahamkan, OctaFX dikawal selia dan memegang lesen di luar negara, bagaimanapun menyediakan sokongan deposit dan pengeluaran ke akaun bank di Malaysia. HM

Duta platform pelaburan OctaFX terus membisu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida



Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker