Apabila kerajaan tak mampu bantu

Kes darurat kecemasan perlu dinilai

Apabila kerajaan tak mampu bantu

Seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) memberi pandangan agar kerajaan menilai dan meluluskan permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kes-kes darurat dan kecemasan.

Anggota Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata banyak permintaan diterimanya yang memohon agar perkara itu dibahaskan di Dewan Rakyat dan secara prinsip dalam keadaan biasa dia tida bersetuju susulan kedudukan ‘tenat’ kewangan negara.

“Jawapan saya. Hakikatnya, dalam keadaan biasa tidak ada kewajaran mengizinkan ‘simpanan masa tua’ dikorbankan.

“Namun, mengambil kira apabila kerajaan tidak mampu membantu, kes-kes ‘darurat-kecemasan’ perlu dinilai dan kelulusan permohonan dibuat apabila permohonan memenuhi semua syarat-syarat ketat yang dikenakan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini banyak pihak melontarkan pandangan agar kerajaan membenarkan pencarum membuat pengeluaran simpanan mereka.

Antara lain enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang mewakili kira-kira 320,000 pencarum KWSP yang mempunyai baki simpanan RM100,000 ke atas, menyeru agar kerajaan membenarkan pencarum membuat pengeluaran kecemasan secara bersasar segera.

Antara NGO terlibat adalah Global Human Rights Federation (GHRF), Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Independant Living and Training Centre Malaysia.

Pada 16 Feb lalu Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan menjelaskan median simpanan ahli KWSP bagi semua kaum turun 50 peratus kepada RM8,100 pada 2022 daripada RM16,600 pada tahun sebelum pandemik Covid-19,.

Katanya, ketika Covid-19, seramai 8.1 juta ahli mengeluarkan RM145 bilion untuk kesemua empat jenis pengeluaran iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan pengeluaran khas daripada April hingga Mei 2022.

“Median simpanan kaum Melayu yang terdiri daripada tujuh juta ahli menyusut kepada RM5,500 (sekarang) daripada RM16,900 pada April 2020.

“Jadi, ini adalah antara sebab kerajaan membuat keputusan untuk tidak lagi membenarkan pengeluaran KWSP,” katanya ketika sidang media di Dewan Rakyat.

Sementara itu Dzulkefly berkata jika kerajaan membenarkan pengeluaran ‘one-off’ dan memenuhi syarat ketat. maka pasti tidak timbul lagi isu mengenai tiada duit dalam akaun KWSP kerana had simpanan untuk melayakkan pengeluaran telah dipenuhi.

“Ini juga mengambil kira, penyimpan akan mencarum lagi, jika mereka terus bekerja dan begitu juga bagi yang bakal kembali bekerja.

“Kuala Selangor menyokong dengan syarat yang ketat secara amat selektif bagi golongan pencarum yang layak (deserving) buat meringankan krisis kewangan semasa mereka,” katanya. Mk

Apabila kerajaan tak mampu bantu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker