Ronaldo ditumbuk rakan sepasukan Messi

Ronaldo ditumbuk rakan sepasukan Messi

ARAB SAUDI – Cristiano Ronaldo meraih cendera mata yang tidak diingini daripada perlawanan pertamanya sejak berhijrah ke Arab Saudi dalam bentuk mata lebam selepas kena tumbukan bekas rakan sepasukan dalam perlawanan persahabatan di Riyadh awal pagi tadi.

Terdahulu, bintang antarabangsa Portugal berusia 37 tahun itu beraksi bersama pasukan Saudi All Star XI menentang Paris Saint-Germain (PSG) yang turut disertai musuh tradisinya yang juga bintang sensasi Argentina, Lionel Messi.



Pada aksi di Stadium Antarabangsa King Fadh itu, Messi berjaya membuka tirai jaringan hanya dalam tempoh tiga minit perlawanan, namun Saudi All Star XI terus mengasak untuk memburu jaringan penyamaan.

Menyedari kemampuan Ronaldo melakukan tandukan di depan gawang, rakan sepasukannya cuba melakukan hantaran silang ke dalam kotak penalti dalam usaha mendapatkan gol.

Bagaimanapun, ketika pemenang lima anugerah Ballon d’Or itu melompat dan cuba menanduk bola berkenaan, penjaga gol yang juga bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Keylor Navas cuba menyelamatkan bola dengan melakukan tumbukan kuat hingga terkena mukanya.

Kedua-dua pemain yang bertembung itu terjatuh sambil Ronaldo memegang mukanya dengan kedua-dua belah tangan kerana kesakitan, namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku, cuma mata sebelah kirinya nampak lebam akibat insiden tersebut.



Susulan kekasaran oleh Navas, Saudi All Star XI dihadiahkan sepakan penalti yang kemudiannya disempurnakan oleh Ronaldo sendiri.

Meskipun Saudi All Star XI tewas 4-5 kepada PSG, namun Ronaldo yang menjaringkan dua gol pada perlawanan tersebut telah diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan, manakala Messi hanya meledak satu gol. K Online

Ronaldo ditumbuk rakan sepasukan Messi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker