47 Mayat Ditemui Dalam Guni Di Bawah Tanah Kelab Malam

47 Mayat Ditemui Dalam Guni Di Bawah Tanah Kelab Malam

Sebuah kumpulan kartel disyaki merupakan dalang di sebalik penemuan 47 mayat manusia di bawah tanah di sebuah kelab malam di Mexico pada minggu lalu.

Memetik laporan Daily Star, kesemua mayat tersebut ditemui selepas pihak polis melakukan serbuan di kelab malam tersebut. Ketika serbuan dilakukan, polis berjaya menahan sembilan individu yang dipercayai merupakan ahli kumpulan kartel kejam di Mexico selain turut merampas beberapa senjata api dan jaket kalis peluru.



Pasukan penyiasat terpaksa menggunakan penggali industri untuk memecahkan lantai kelab malam tersebut yang sebelum ini merupakan sebuah gudang. Jumlah keseluruhan mayat yang dibungkus dalam guni itu dianggarkan sekitar 47 mayat namun identiti mereka masih belum diketahui. Tetapi berdasarkan laporan awal, mereka menemui lebih 10 mayat lelaki dan 10 mayat wanita.

Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.
Sumber: Daily Star

47 Mayat Ditemui Dalam Guni Di Bawah Tanah Kelab Malam

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker