Kebakaran Flat Sri Sabah: Anggota bomba pikul hos pemadam api hingga ke tingkat 17

Anggota bomba terpaksa memikul hos pemadam api dengan menaiki tangga sehingga ke tingkat 17 Blok 70 Flat Sri Sabah antara cabaran dihadapi pasukan itu untuk memadam kebakaran di flat terbabit, malam tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohamad, berkata pasukan bomba berhadapan beberapa kesulitan untuk memadam kebakaran yang memusnahkan lima unit kediaman itu.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa memikul hos pemadam api secara manual menggunakan tangga dan membuat sambungan antara hos ke hos selain membawa pam untuk membolehkan anggotanya memadam kebakaran dengan tekanan air yang kuat.



“Masalah timbul apabila kita dapati ada masalah pada Wet Riser System (Sistem Pancur Basah) yang terletak di bahagian tangga tengah bangunan flat berkenaan yang dikesan ada kebocoran.

“Ini menyebabkan masalah pada tekanan air dan seterusnya menyulitkan pihak bomba memadam kebakaran, maka anggota kita terpaksa ambil sedikit masa untuk membuat penyambungan hos sehingga ke tingkat 17,” katanya kepada BH, hari ini.

Dalam pada itu, katanya berlaku kerosakan pada ‘valve’ pada salur bantu mula atau ‘hose reel system’ di tingkat berkenaan juga menyebabkan proses pemadaman api oleh ‘first responder’ tidak dapat buat lebih awal.

“Di setiap tingkat memang terdapat salur bantu mula namun dalam kes malam tadi, ada orang awam yang cuba memberi bantuan awal untuk memadam kebakaran menggunakan alat itu namun berlaku kerosakan pada ‘valve’.



“Jika alat berkenaan dapat berfungsi dengan baik, mungkin api dapat dikawal daripada terus merebak dengan lebih awal,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya untuk flat perumahan awam seperti Flat Sri Sabah, pihak yang dipertanggungjawab membuat penyelenggaraan perlu sentiasa membuat pemeriksaan untuk memastikan segala peralatan atau sistem memadam kebakaran dalam keadaan baik dan berfungsi.

“Perkara sebegini boleh berlaku di mana-mana kawasan perumahan bertingkat tidak kira perumahan baharu atau lama sekiranya penyelenggaraan tidak dijalankan dengan baik. Ia menjadi tanggungjawab awal badan pengurusan bersama (JMB) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya ia perumahan awam.

“Berikutan kebakaran malam tadi, kita sudah tugaskan pasukan untuk membuat pemeriksaan pada sistem pancur dan salur bantu pemula di semua tingkat blok terbabit dan blok berhampiran,” katanya.



Beliau berkata pasukan bomba juga berdepan kesulitan untuk menempatkan jentera ‘turn table ladder’ atau TTL yang digunakan untuk memadam kebakaran tempat tinggi malam tadi kerana tidak cukup ruang akibat terdapat kenderaan penduduk di parkir kawasan itu.

“Bagi jentera biasa tiada masalah masuk ke tempat itu tetapi untuk jentera besar dan panjang seperti TTL kita memerlukan ruang yang besar, maka perkara ini perlu diberi perhatian pada masa depan.

“Ini masalah yang sering berlaku di kawasan penempatan yang padat. Cara hidup sudah berubah, dahulu dua rumah ada satu kenderaan tetapi kini sebuah rumah sekurang-kurangnya dua kenderaan.

“Perkara ini adalah pendidikan berterusan dan tanggungjawab persatuan penduduk atau JMB untuk mengukuhkan kesedaran penduduk. Terdapat keperluan untuk meletakkan ruang khusus untuk jentera bomba. Ini ada kita bincangkan,” katanya.



Mengenai siasatan, Nor Hisham berkata siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran masih dijalankan daripada pelbagai sudut termasuk siasatan kemungkinan berlaku perbuatan khianat.

“Kita turut membawa anjing pengesan (K9) ke lokasi hari ini untuk membantu siasatan termasuk merekod keterangan saksi. Hasil siasatan awal, kita dapat memastikan lokasi tempat di mana kebakaran bermula.

“Namun, buat masa ini masih terlalu awal untuk kita mendedahkan hasil siasatan kerana masih ada beberapa proses yang perlu dilakukan sebelum kita dapat memastikan punca sebenar kebakaran,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker