Menteri Komunikasi bidas DNB, mana dapat angka liputan 5G hampir 50 peratus?

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meminta penjelasan daripada Digital Nasional Berhad (DNB) berhubung dakwaan bahawa liputan rangkaian 5G di negara ini mencapai hampir 50 peratus di kawasan berpenduduk.

Dalam ciapan di Twitter semalam, Fahmi membidas syarikat yang diberi mandat untuk melaksanakan rangkaian 5G itu kerana mengeluarkan angka yang tidak disahkan.

“Saya rasa pegawai DNB mesti menjelaskan bagaimana mereka memperoleh angka ini.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih belum mengesahkan maklumat ini.

“Lain kali, saya tidak fikir DNB perlu mengeluarkannya sebelum disahkan,” katanya.

Fahmi menjawab ciapan penganalisis politik, James Chin yang mempersoalkan peratusan liputan rangkaian 5G yang dikeluarkan oleh DNB melalui Twitter.

Chin turut memuat naik tangkap layar artikel kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif DNB, Nasution Mohamed yang mendakwa liputan rangkaian 5G mencapai hampir 50 peratus di kawasan berpenduduk pada penghujung 2022, melepasi sasaran awal 40 peratus.

“Media mesti berhenti lapor berita palsu. Saya tak boleh dapat (liputan) 4G pun di salah sebuah bandar di Sarawak. Saya beli kad data 4G dan kelajuannya seperti 3G atau kurang.

“Berapa ramai daripada anda di Sabah dan Sarawak mendapat 5G atau 4G?”ciap Chin, yang juga seorang profesor Pengajian Asia di Universiti Tasmania.

Kerajaan kini sedang mengkaji semula kontrak rangkaian 5G bernilai RM11 bilion yang dianugerahkan oleh DNB kepada gergasi telekomunikasi Sweden Ericsson di bawah kerajaan terdahulu.

Bulan lalu, Fahmi turut mendedahkan bahawa sehingga 31 Okt, DNB masih meneruskan pembangunan kerja infrastruktur 5G, dengan 2,715 tapak 5G telah disiapkan, yang merangkumi 36 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

DNB menyasarkan untuk melaksanakan rangkaian 5G dengan 80 peratus liputan kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun 2024.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker