Dia siapa, bukan pemimpin DAP pun, Vigneswaran bidas Ramasamy

Dia siapa, bukan pemimpin DAP pun, Vigneswaran bidas Ramasamy

Presiden MIC SA Vigneswaran menyifatkan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy bukan seorang pemimpin, sebaliknya hanya mencari populariti berkaitan kenyataan terbarunya yang mengkritik parti kaum India dalam komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Vigneswaran mengulas kenyataan Ramasamy yang menggelar MIC sebagai “parti ibu” orang India namun parti itu memberikan gambaran yang salah kerana hakikatnya, ia sebuah parti ibu tanpa sokongan anak-anaknya.

“Saya tak mahu bagi dia platfom…kalau kepimpinan (DAP) bolehlah. Dia mana ada (jawatan) kepimpinan dalam DAP. Dia bukan apa-apa dalam DAP pun. Kena tanya majlis tertinggi saya. Pasal kalau nak komen, dia bukan pemimpin pun,” katanya kepada FMT.

Ramasamy dalam kenyataan berkata, tindakan MIC yang menuntut 12 kerusi daripada BN dilihat sukar untuk calon parti itu mendapatkan sokongan daripada masyarakat India.

Katanya, MIC hanya boleh bergantung kepada sokongan orang Melayu yang setia kepada Umno. Tanpa Umno, tamatlah riwayat MIC sebagai parti politik.

“Ia boleh difahami bahawa mengapakah MIC sangat bergantung kepada Umno. Umno adalah talian hayat MIC,” kata Ramasamy.

Ketika diminta menjawab perkara itu, Vigneswaran enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata:

“Dia nak tunjuk dia hidup, supaya orang baru tahu Ramasamy bagi kenyataan. Saya malas nak komen. Ni bukan pemimpin, ini penyokong,” katanya.

Kecaman Ramasamy itu susulan dakwaan Timbalan Presiden MIC M Saravanan bahawa DAP akan mengawal pentadbiran negara jika Pakatan Harapan (PH) menang PRU15.

Ahli Parlimen Tapah itu berkata, DAP sepatutnya tidak lagi diberi peluang selepas PH gagal memerintah negara selama 22 bulan.

Saravanan yang juga menteri sumber manusia berkata, sebagai parti yang dominan dalam PH, sudah tentu DAP akan menjadi penentu pemerintahan negara serta rakyat perlu menyedari bahawa sekiranya PH menang, DAP akan mendapat kerusi yang banyak.

Pada 22 Sept lalu, Vigneswaran menafikan hasrat MIC mahu bertanding 12 kerusi pada PRU15.

Menurutnya, kerusi yang dipertimbang untuk ditandingi parti itu lebih sedikit daripada jumlah tersebut serta hanya menyasarkan kawasan boleh menang. FMT

Dia siapa, bukan pemimpin DAP pun, Vigneswaran bidas Ramasamy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker