RCI Batu Puteh dimulakan selepas Sultan Johor dimasyhur sebagai Agong

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan dengan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan akan ditubuhkan sebaik sahaja pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong yang baru pada 31 Januari ini, kata Ahmad zahid Hamidi.

“Kabinet telah berbincang dan meluluskannya.

“Tetapi saya dapat makluman ia hanya akan dilakukan dengan pelantikan dan angkat sumpah secara rasmi Yang Dipertuan Agong yang baru,” katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja ke Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Kajang, Selangor, hari ini.



Ahmad Zahid mengulas penubuhkan RCI tersebut yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara merangkap setiausaha jemaah menteri Mohd Zuki Ali hari ini.

Mohd Zuki berkata, anggota yang bakal menganggotai RCI itu akan dilantik dalam kalangan pakar yang berpengalaman luas dalam bidang kehakiman, perundangan dan pentadbiran awam.

Untuk rekod, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bakal menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru.

Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah tiga pulau kecil antara Johor dan Singapura, yang menjadi pertikaian antara dua negara.



Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Batuan Tengah milik Malaysia.

Hak milik Tubir Selatan pula, yang terletak kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

Pada 28 Mei 2018, kerajaan PH di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan yang difailkan tahun sebelumnya untuk membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura.

Pada Disember tahun lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Peguam Negara ketika itu, Idrus Harun untuk mengadakan rundingan dengan Kerajaan Singapura membabitkan Pulau Batu Puteh.



Arahan itu meminta Idrus meneliti semula dan mengkaji isu berbangkit berkaitan pulau itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker