Sokongan MP Tanjong Karang dan lain-lain MP Bersatu amat dialu-alukan – Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan sokongan Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Malah, Presiden Umno itu berkata lebih ramai yang menyokong kepimpinan kerajaan Perpaduan hari ini adalah lebih baik.

“Saya fikir lebih ramai, lebih baik. Semakin banyak mendokong perdana menteri semakin kuat kerajaan Madani ada dan kini kerajaan Madani ada 153 dokongan ahli parlimen.



“Dengan jumlah yang ada sekarang ia sudah melebihi dua pertiga (anggota Dewan Rakyat).

“153 ahli parlimen adalah jumlah cukup baik,” katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja ke Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Kajang, Selangor, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas tindakan Zulkafperi isytihar sokongan kepada perdana menteri hari ini.

Mengulas lanjut, Zahid berkata tindakan Zulkafperi itu juga hak ahli parlimen secara individu.



“Dan jika ada usaha untuk mana-mana individu atau tokoh (politik) masuk rumah politik melalui tingkap, saya fikir eloklah mereka dikeluarkan melalui tingkap itu juga,” tambahnya.

Zulkafperi (gambar atas) menjadi wakil rakyat pembangkang terbaru yang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Zulkafperi menjelaskan keputusannya itu bertujuan memastikan nasib dan pembangunan penduduk di parlimen yang diwakilinya terus terbela.



Bagaimanapun, Zulkafperi menegaskan dia masih setia kepada partinya Bersatu.

Sebelum ini, lima ahli parlimen Bersatu telah mengisytiharkan sokongan terhadap Anwar, iaitu Syed Abu Hussin Hafiz (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Syed Abu Hussin pada 11 Disember tahun lalu mendakwa tujuh hingga lapan lagi ahli parlimenpembangkang akan menyatakan sokongan mereka terhadap perdana menteri.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan sama ada ahli parlimen terbabit adalah dari Bersatu atau PAS yang menerajui pakatan PN ketika ini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker