Kes cacar monyet pertama disahkan di Indonesia

Kes cacar monyet pertama disahkan di Indonesia

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia mengesahkan satu kes positif cacar monyet di Jakarta yang melibatkan seorang pesakit berusia 27 tahun, lapor laman berita Suara, kelmarin.

Jurucakap kementerian berkenaan, Mohammad Syahril berkata, pesakit tersebut baru-baru ini melancong ke luar negara dan mula mengalami simptom demam pada 14 Ogos lepas.



“Hari ini (Sabtu) ada seorang yang disahkan positif cacar monyet dari Jakarta, lelaki berusia 27 tahun yang baru mendapat laporan ujian tindak balas rantaian polimerase transkripsi balikan (PCR) pada malam Jumaat,” kata Mohammad Syahril.

Selain demam, pesakit juga mengalami bengkak kelenjar di leher serta ruam di tangan, kaki, leher, muka dan di bahagian kemaluan.

“Buat masa ini keadaan pesakit dalam keadaan baik. Jika dalam istilah Covid-19, jangkitannya ringan yang tidak memerlukan rawatan lanjut serta hanya perlu kuarantin di rumah,” sambung Mohammad Syahril.

Kes cacar monyet yang disahkan itu adalah kes ke-23 yang diperiksa oleh Kementerian Kesihatan Indonesia.



Sebelum ini, sebanyak 22 kes yang disyaki telah disahkan negatif menerusi ujian PCR.

“Pejabat Kesihatan Jakarta telah melaksanakan pengawasan terhadap kontak rapat pesakit bagi mengesan sama ada mereka turut dijangkiti,” jelas Mohammad Syahril. K Online

Kes cacar monyet pertama disahkan di Indonesia


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat



Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker