SPRM digesa siasat Ahli Parlimen ditawar habuan

SPRM digesa siasat Ahli Parlimen ditawar habuan

PH gesa SPRM siasat dakwaan Ahli Parlimen ditawar habuan sokong kerajaan

Pakatan Harapan (PH) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan serius, susulan dakwaan terdapat usaha menawarkan habuan dan jawatan kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Majlis Presiden PH berkata, jika SPRM gagal melakukan siasatan, ia akan membuktikan dakwaan agensi kerajaan diperalat sebagai senjata politik demi survival pihak tertentu dan bukannya mendaulatkan undang-undang.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan bersama mengulangi Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang hilang sokongan majoriti masih enggan meletak jawatan berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, sesiapa yang cuba merasuah Ahli Parlimen pembangkang mahupun yang telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin bukan sahaja melakukan satu kesalahan, tetapi juga membolehkan Perdana Menteri yang tiada keabsahan mahupun majoriti untuk kekal berkuasa sambil rakyat terus merana.

“Kami menegaskan Muhyiddin mesti letak jawatan segera atau memanggil sidang khas Parlimen sekarang untuk membahas dan memutuskan usul undi percaya dalam masa terdekat.

“Jangan gunakan masa sehingga September untuk ‘membeli’ sokongan dengan pelbagai taktik yang tidak bermaruah dan menyalahi undang-undang.”

Terdahulu, media melaporkan sekurang-kurangnya tujuh Ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Rasah, Kota Melaka, Ipoh Barat, Kulim Bandar Baharu, Setiawangsa, Kuala Kedah dan Alor Setar ditawarkan habuan serta jawatan untuk menyokong kerajaan. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

SPRM digesa siasat Ahli Parlimen ditawar habuan

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker