Saintis hasilkan semula wajah ‘kacak’ Firaun Ramesses

Wajah Firaun Ramesses II dihasilkan semula oleh sekumpulan saintis Mesir dan England baru-baru ini. – FaceLab LJMU via Pen News

KAHERAH – Wajah ‘kacak’ Firaun Mesir purba yang paling berkuasa, Ramesses II boleh dilihat buat kali pertama sejak 3,200 tahun lalu hasil daripada teknologi saintifik baharu, lapor MailOnline semalam.

Pasukan saintis dari Mesir dan England bekerjasama untuk menghasilkan wajah firaun tersebut dengan menggunakan model 3 Dimensi (3D) tengkoraknya.

Mereka kemudian menterbalikkan proses penuaan, memutar balik jam hampir setengah abad untuk mendedahkan wajah firaun tersebut ketika beliau berada di puncak kuasa.

Hasilnya ialah ‘pembinaan semula muka saintifik’ Ramesses II berdasarkan kepada imbasan tomografi berkomputer (CT) tengkorak sebenar beliau.



Seorang profesor radiologi dari Universiti Kaherah, Sahar Saleem yang mencipta model 3D tengkorak itu berkata, hasil pembinaan semula tersebut telah mendedahkan wajah seorang pemerintah yang sangat kacak.

Beliau berkata: “Imaginasi saya tentang wajah Ramesses II dipengaruhi oleh wajah mumianya. Bagaimanapun, pembinaan semula muka membantu meletakkan wajah yang hidup pada mumia.

“Saya dapati wajah yang telah dibina semula itu adalah seorang yang sangat kacak dengan ciri-ciri wajah bercirikan Ramesses II iaitu hidung mancung dan rahang kuat.”

Firaun Ramesses II adalah seorang pahlawan hebat dan memerintah Mesir selama 66 tahun dan dia  telah memulakan perjanjian yang pertama di dunia. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker