‘Kafirkan’ Baby Shima, PU Syed mengaku tiada kaitan

‘Kafirkan’ Baby Shima, PU Syed mengaku tiada kaitan

Pendakwah selebriti, PU Syed menafikan sekeras-kerasnya dan tidak terlibat dengan sebarang hantaran dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang bertindak melampau dengan melabelkan ‘kafir’ terhadap penyanyi dangdut, Baby Shima.

Menerusi penjelasan yang dimuat naik dalam media sosial, PU Syed bahkan memberitahu tidak mengenali langsung pemilik akaun tersebut.

“Saya dihujani tangkap layar tentang hantaran itu dan memang saya tiada sebarang kaitan dengan pemilik akaun sama ada secara langsung atau tidak.

“Saya cuba mencari pemilik akaun bernama Abdullah Munawwier tetapi sudah tiada,” katanya.

Dalam masa sama, PU Syed menegaskan Islam tidak mengajar penganutnya untuk mengkafirkan ahli tauhid yang lain mahupun melabelkan seseorang sebagai ahli neraka.

“Adakah dia cuba mencetuskan atau meniupkan api kebencian terhadap asatizah?” soalnya.

Terdahulu, PU Syed berkongsi gambar tangkap layar mengenai hantaran oleh individu berkenaan yang bertindak mempertahankan dirinya bersama Ketua Pemuda Pas Kuantan, Abd. Rahman Mat Noor, yang berdepan tindakan saman Baby Shima.

Berikut merupakan status yang dimuat naik dalam Facebook oleh pengguna bernama Abdullah Munawier:

“Baby Shima kali ini memang melebih-lebih dan melampau. Selama ini orang tegur tak nak dengar. Memang sudah kafir dan hanya neraka tempat selayaknya,” tulisnya.

Minggu lalu, Baby Shima mengambil tindakan saman terhadap Syed dan Abd. Rahman berhubung dakwaan ucapan yang mengandungi kata-kata fitnah.

Tuntutan saman itu dipercayai dibuat selepas Abd Rahman pernah mendakwa penyanyi berkenaan ‘menjual agama’ kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula didakwa memfitnah dan menuduhnya tidak mengerti soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert. Utusan

‘Kafirkan’ Baby Shima, PU Syed mengaku tiada kaitan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?

Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)

Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker