Neelofa tayang foto sisi Bilal

Netizen desak segera kongsi wajah anak

Neelofa tayang foto sisi Bilal

JIKA sebelum ini selebriti poular Noor Neelofa berpegang kepada prinsip enggan berkongsi wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal untuk tontonan orang ramai terutamanya di media sosial.

Namun sejak kebelakangan ini, isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz itu dlihat kerap berkongsi aktiviti Bilal kepada peminat meskipun tidak mendedahkan wajah sepenuhnya.



Terbaharu, Neelofa,33, sekali lagi dilihat tidak lokek untuk ‘belanja’ lagi foto dirinya yang sedang mendukung Bilal.

Biarpun hanya menampakkan belakang badan dan sisi tepi wajah Bilal, rata-rata peminat di ruangan komen meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat wajah penuh bayi tersebut.

Ada juga peminat yang mendesak agar Neelofa segera berkongsi wajah Bilal kerana mereka tidak sanggup untuk menunggu lebih lama lagi

“Rasanya muka macam Lofa masa kecil. ‘Copy’ muka Lofa habis, tak tahulah saya agak saja.



“Ya Allah, comel gebu melepak. Cepatlah nak tengok sangat wajah suci Bilal.

“Boleh kempunan nak tunggu Lofa ‘reveal’ muka Bilal.

“Masya-Allah dari belakang pun dah nampak cute,” komen pengikut di ruangan komen.

Dalam pada itu, ada juga yang beranggapan jika wajah Bilal sama seperti sepupunya iaitu Jebat Jayden.



“Macam iras Jebat Jayden.

“Macam boleh bayangkan muka macam Jebat.

“Aku bayang muka dia macam Jebat saja, tak ada orang lain dah.

“Tengok dari tepi macam iras Jebat,” tulis warganet.



Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu. Utv

Neelofa tayang foto sisi Bilal


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker