Ismail Sabri minta penjelasan rayuan Najib

Ismail Sabri minta penjelasan rayuan Najib

Kerajaan diminta memberi penjelasan terhadap rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjaranya di rumah menerusi program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).

Perkara itu dibangkitkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang juga bekas Perdana Menteri, kerana beliau difahamkan rayuan sedemikian sudah dikemuka kepada lembaga pengampunan yang bersidang sebelum ini.

“Saya difahamkan sewaktu membuat rayuan pengampunan oleh Najib, selain rayuan pengampunan, saya difahamkan ada lampiran untuk membuat rayuan supaya beliau ditukarkan tempat tahanan dari tahanan di (Penjara) Kajang ke tahanan di rumah.

“Saya difahamkan perkara ini ada dalam sebahagian lampiran permohonan pengampunan atau rayuan itu. Jadi soalan saya, apakah ini benar atau tidak.

“Kalau ianya benar, apakah ianya dibincangkan sewaktu pembentangan rayuan pengampunan dan apakah keputusannya,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, kerajaan secara prinsip bersetuju memulakan PBSL menerusi tahanan di rumah kepada banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawah sebagai usaha mengurangkan kesesakan penjara.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses meneliti kaedah pelaksanaan inisiatif itu dari sudut peruntukan undang-undang berkaitan bagi memastikan sama ada akta serta peraturan sedia ada perlu digubal atau tidak.

Namun, Saifuddin membidas laporan yang mendakwa tindakan kerajaan melaksanakan PBSL menerusi tahanan di rumah adalah untuk mengeluarkan Najib dari penjara.

Sebaliknya, beliau berkata, tindakan itu bermatlamat untuk mengurangkan kesesakan di kesemua 43 penjara di negara ini yang mana ia menempatkan kira-kira 80,000 orang banduan ketika ini.

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, dalam kenyataannya pada 1 Februari lalu mengumumkan Najib diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun kepada enam tahun, serta denda dikurangkan dari RM210 juta kepada RM50 juta. BH

Ismail Sabri minta penjelasan rayuan Najib

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker