Sudahlah mabuk, majoriti pengunjung pusat hiburan positif dadah

Sudahlah mabuk, majoriti pengunjung pusat hiburan positif dadah

Seramai 47 individu yang mempedulikan prosedur operasi standard (SOP) di dalam sebuah pusat hiburan di sini tengah malam tadi menerima akibatnya.

Majoritinya bukan sekadar mabuk tetapi juga menggunakan dadah itu ditahan polis, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.



Menurutnya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis hiburan yang beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.

“Dalam pemeriksaan di premis hiburan tersebut, seramai 47 orang sedang leka berhibur tanpa pematuhan SOP penjarakan fizikal dan sebagainya.

“Seramai 44 orang daripadanya warganegara tempatan termasuk empat wanita manakala tiga lagi warga asing termasuk dua daripadanya wanita dan kesemuanya telah ditahan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noor Dellhan, kesemua mereka berusia 20 hingga 40 tahun dan dilibatkan dalam ujian saringan awal air kencing.



Ujarnya, hasil ujian urin tersebut mendedahkan seramai 39 orang daripadanya didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kesemua positif dadah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama dua hingga empat hari sehingga 5 Januari ini untuk membantu siasatan polis bagi melengkapkan kertas siasatan polis.

“Selain itu, kesemua 47 individu yang diperiksa dalam premis berkenaan telah dikeluarkan tindakan kompaun RM1,000 setiap orang berjumlah RM47,000 di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan 2 Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengedaran atau penagihan dadah dan diharapkan orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah dan jenayah kepada pihak polis,” katanya. MG



Sudahlah mabuk, majoriti pengunjung pusat hiburan positif dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya



Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker