Tebing tanah setinggi 105 meter runtuh di Bukit Pelali

Tebing tanah setinggi 105 meter runtuh di Bukit Pelali

Tebing tanah setinggi 105 meter runtuh susulan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi, dalam kejadian di kawasan perumahan Bukit Pelali, Pengerang, Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Hussin Zamora, berkata bagaimanapun kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu, tidak membabitkan kerosakan atau kecederaan kepada penduduk setempat.

Beliau berkata, syarikat pemaju juga sudah menjalankan tindakan susulan ke atas kejadian yang pernah berlaku pada 11 Jan tahun lalu.

“Syarikat Pemaju Taman Bukit Pelali Astaka Development sudah melantik GeoPakar Sdn Bhd bagi menjalankan kerja pembaikan cerun.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama GeoPakar turut mengadakan siasatan mitigasi di lokasi kejadian dan penduduk dinasihatkan mengikut arahan pasukan penyelamat jika diminta berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya menurut laporan Berita Harian.

Dalam perkembangan sama, Hussin berkata, Kampung Mawai Baru dan Kampung Bukit Raja Darat, di Bayu Damai, dinaiki air akibat banjir kilat di kawasan itu petang tadi.

“Sehingga kini, seramai 104 mangsa terdiri 33 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Ramunia dan SK Mawai.

“Seramai 14 individu berada di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian (Home Surveillance Order) dan mereka sudah diasingkan,” katanya. FMT

Tebing tanah setinggi 105 meter runtuh di Bukit Pelali


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker