Guru mengaji cabul anak murid ketika ajar cara mandi haid

Guru mengaji cabul anak murid ketika ajar cara mandi haid

BANDUNG: Seorang guru mengaji ditahan polis selepas didakwa berulang kali mencabul anak muridnya akibat ketagih menonton cerita lucah.

Jurucakap polis, Sumarni menyatakan, kejadian itu berlaku di Desa Rancamulya di Subang sejak Januari 2022 sehingga 9 Februari lalu.

Katanya, sebanyak enam anak murid suspek dicabul dalam tempoh tersebut.

“Modus operandi yang digunakan suspek untuk mencabul anak muridnya adalah dengan mengajar mereka cara mandi haid.

“Anak murid guru mengaji itu dilaporkan trauma dengan kejadian yang berlaku dan kini mereka menjalani rawatan psikologi,” katanya kepada Kompas.com

Kegiatan terkutuk guru mengaji itu terbongkar selepas beberapa muridnya mengadu kepada ibu bapa mereka sebelum laporan polis dibuat.

Dalam pada itu, suspek boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan didenda sebanyak lima bilion rupiah (RM1.5 juta) jika disabit kesalahan.

Kesemua anak murid yang dicabuli suspek berusia antara 11 hingga 19 tahun. Utusan

Guru mengaji cabul anak murid ketika ajar cara mandi haid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker