Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Gambar hiasan

SEOUL: Hampir satu daripada 10 warga emas di Korea Selatan menghidap penyakit Alzheimer, dengan jumlah pesakit demensia dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan pada Rabu.

Menurut Agensi Berita Yonhap, jumlah pesakit demensia telah mencecah 970,000 orang setakat 2025, mewakili 9.17 peratus daripada mereka yang berusia 65 tahun ke atas, berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Sosial.

Angka itu dijangka melepasi paras satu juta orang tahun depan dan mencecah dua juta orang menjelang 2044.

Kementerian itu berkata kadar kes demensia dalam kalangan warga emas menurun daripada 9.5 peratus pada 2016 dengan penurunan itu dikaitkan kepada peningkatan tahap pendidikan dan keadaan kesihatan mereka.

“Kadar kes demensia dalam kalangan warga emas dijangka kekal sekitar 10 peratus sehingga 2045 dan meningkat kepada kira-kira 12 hingga 13 peratus menjelang 2059,” kata seorang pegawai kementerian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar


Kementerian itu berkata pihaknya akan merangka langkah sokongan untuk pesakit demensia bagi mengurangkan beban kewangan serta tanggungjawab penjagaan ke atas keluarga mereka.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker