Bekas pemain sepak takraw persoalkan NSTDP

Bekas pemain sepak takraw persoalkan NSTDP

Bekas pemain sepak takraw persoalkan NSTDP
PRESIDEN PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan membuat tinjauan tapak di kompleks Stadium Jalan Raja Muda di Kuala Lumpur. -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Kewujudan Akademi Sepaktakraw Malaysia bertaraf dunia sememangnya satu langkah besar yang diwujudkan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dalam usaha memperkasakan sukan tradisi berkenaan, namun pelaksanaannya perlu disusun secara sistematik bagi memastikan hasil dapat dituai satu hari nanti.

Menurut bekas pemain kebangsaan Zabidi Shariff, fasiliti terbaik tidak akan membawa makna sekiranya sistem pembangunan tidak diurus dengan baik dari peringkat akar umbi sehingga ke tahap tertinggi.

“Apa sahaja fasiliti yang hebat macam mana pun, kalau pelaksanaannya tidak teratur dan tidak mengikut sistem yang baik, ia tidak akan ke mana. Sepatutnya, dari peringkat bawah sampai ke atas, ia perlu berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Semalam PSM memaklumkan kerja naik taraf perlu dilakukan bagi menjadikan kompleks Stadium Jalan Raja Muda di Kuala Lumpur sebagai Akademi Sepaktakraw Malaysia bertaraf dunia.

Kompleks berkenaan akan berada di bawah PSM sepenuhnya bermula 1 April depan dengan kontrak sewa selama sembilan tahun, sekali gus bakal menjadi ‘rumah’ baharu buat pasukan sepak takraw negara.

Ia akan diberikan nama baharu dan ia dijangka dilancarkan serta beroperasi sepenuhnya pada Jun atau Julai tahun ini.

Ditanya mengenai pelaksanaan Program Pembangunan Sepaktakraw Negara (NSTDP) yang akan bermula April ini, Zabidi mempersoalkan bagaimana program berkenaan akan dijalankan untuk setiap negeri.

Beliau menegaskan bahawa kejayaan NSTDP bergantung kepada sejauh mana ia dilaksanakan secara seragam di seluruh negara.

“Ada negeri yang tersusun dan aktif, tetapi ada juga negeri yang kita tak pasti bagaimana perkembangannya. Contohnya, negeri saya sendiri, Kedah. Saya tak mahu cakap lebih, nanti ada yang marah, tapi nampaknya ia tidak setanding negeri lain.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah


“Kalau hanya tiga atau empat negeri sahaja yang benar-benar aktif, manakala yang lain tenggelam, kita tidak akan melihat hasil yang diharapkan. Semua negeri perlu menyelaras program pembangunan supaya ia berjalan dengan lancar,” katanya lagi.

 

Bekas pemain sepak takraw persoalkan NSTDP

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker