Beregu negara perlu perubahan drastik – Herry

Beregu negara perlu perubahan drastik – Herry

Beregu negara perlu perubahan drastik - Herry
HERRY akan melakukan perubahan terhadap beregu lelaki negara selepas kegagalan di Seluruh England. -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu lelaki, Herry Iman Pierngadi, tidak berselindung dalam mengakui kegagalan besar di Seluruh England, yang memperlihatkan kelemahan ketara dalam persiapan pemain.

Ketua jurulatih yang digelar ‘Naga Api’ itu mengakui kegagalan di kejohanan berprestij ini sebagai tamparan hebat dan menegaskan perlunya perubahan drastik dalam pendekatan serta mentaliti pemain.

“Iya, memang penampilan Seluruh England kali ini gagal, tidak bagus kerana beberapa faktor,” katanya selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, hari ini.

Kecederaan tangan dialami Aaron Chia menjadi antara punca utama kejatuhan beregu utama negara, Aaron-Soh Wooi Yik, ketika tewas di tangan pasangan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Namun, lebih mengecewakan adalah aksi hambar Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang sepatutnya mampu memberi saingan lebih sengit kepada pasangan China, He Jing Ting-Ren Xiang Yu.

“Mereka terlalu mengikut rentak lawan dan gagal mengawal permainan. Ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku pada tahap ini,” katanya kecewa.

Bagi Arif Junaidi-Yap Roy King yang membuat penampilan pertama di Seluruh England, mereka pula tewas kerana gagal mengawal emosi ketika menentang pasangan China, Huang Di-Liu Yang.

Lebih membimbangkan, keputusan buruk ini adalah antara pencapaian terburuk dalam karier kejurulatihan Herry, yang sebelum ini sering meraih kejayaan besar bersama skuad Indonesia.

Namun, jurulatih dari Indonesia itu menegaskan perubahan corak permainan memerlukan masa dan beliau meminta semua pihak bersabar.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah


“Ia adalah satu proses. Ada yang boleh sesuaikan diri dalam enam bulan, ada yang perlukan setahun. Corak latihan serta permainan saya berbeza, tidak semua pemain boleh cepat serasi,” katanya.

 

Beregu negara perlu perubahan drastik – Herry

 

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker