Polis Marin Pulau Pinang gagalkan cubaan seludup dadah lebih RM6 juta
Polis Marin Pulau Pinang gagalkan cubaan seludup dadah lebih RM6 juta

GEORGETOWN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang menggagalkan cubaan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa menerusi laluan laut menggunakan bot nelayan tempatan, pada 17 Julai lalu.
Susulan itu, dua lelaki warga Indonesia berusia 30 dan 51 tahun ditahan disyaki terbabit dengan kegiatan itu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, operasi dijalankan pihaknya menerusi Unit Risikan Marin Pulau Pinang dengan kerjasama Bot Ronda PSC 60 dan PSC 45 dalam Ops Taring Gelora.
Katanya, semasa rondaan dijalankan pihaknya mengesan bot fiber dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan kira-kira tujuh batu nautika di selatan Pulau Rimau.
“Ketika diarah berhenti bagi pemeriksaan, suspek bertindak memecut laju bot yang dikendali serta melakukan pelbagai aksi berbahaya untuk mengelak daripada ditahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Laporan RCI Tabung Haji Hanya Didedahkan Sekarang?
- 50,000 Peluang Pekerjaan Jadi Tarikan, Anak Muda Tetap Pilih Calon BN
Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat
“Bagaimanapun, hasil kecekapan keberanian dan tindakan pantas anggota PPM, bot berkenaan berjaya dipintas selepas berlaku aksi mengejar selama 30 minit di perairan,” katanya pada sidang media di Markas PPM Batu Uban, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, hasil pemeriksaan menemukan sejumlah 113.776 kilogram (kg) dadah disyaki syabu yang dianggar bernilai lebih RM5.69 juta yang disimpan di dalam beberapa karung ruangan khas bahagian hadapan bot itu.
Selain itu, turut dirampas ialah sebanyak 3,497 katrij rokok elektronik (vape) mengandungi cecair disyaki Methamphetamine seberat 6.3 kilogram dengan anggaran nilai RM315,000 serta bot fiber yang dipercayai digunakan sebagai pengangkutan sindiket.
“Secara keseluruhannya, nilai rampasan termasuk bot yang digunakan dianggarkan berjumlah lebih RM6.123 juta.
“Rampasan ini bukan sekadar menggagalkan cubaan penyeludupan dadah ke luar negara, malah berjaya menghalang pengedaran dadah yang dianggarkan boleh digunakan ratusan ribu penagih.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- HAWA Hak: Perkasa Wanita Dengan Ilmu, Bawa Isu Akar Umbi Kepada Kerajaan
- MB Johor Bidas PH, Pelantikan Timbalan MMK Tidak Langgar Undang-Undang
“Cecair dadah di dalam katrij vape ini pula mampu dibekalkan kepada kira-kira puluhan ribu penagih jika ia terlepas ke pasaran,” katanya lagi.
Mohd Yusri berkata, kedua-dua suspek dipercayai bertindak sebagai transporter laut yang membawa bekalan dadah keluar dari negara ini sebelum dihantar ke destinasi di Indonesia dengan upah sebanyak RM10,000.
“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Dalam perkembangan lanjut, Mohd Yusri berkata, sehingga Jun 2026, Ops Taring Gelora yang dilaksana PPM Wilayah Satu Pulau Pinang merekodkan sebanyak 337 kes membabitkan sembilan tangkapan dengan nilai rampasan berjumlah RM226,150.
“Manakala bagi keseluruhan kejayaan operasi sepanjang tempoh sama, sebanyak 361 kes berjaya direkodkan dengan 49 tangkapan serta nilai rampasan keseluruhan mencecah lebih RM10.4 juta,” katanya.
Polis Marin Pulau Pinang gagalkan cubaan seludup dadah lebih RM6 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Tabung Haji: Ambil Tindakan Tanpa Pilih Bulu – Hafiz Ariffin
- Mohd Sumali Yakin BN Akan Kekal Di Linggi
- PRN N. Sembilan: BN Cadang Wujudkan Pegawai Khas Orang Asli Di Pejabat MB
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan
You must be logged in to post a comment.