Kelindan maut, pemandu cedera lori langgar treler di Nako Nambua

Kelindan maut, pemandu cedera lori langgar treler di Nako Nambua

Kelindan maut, pemandu cedera lori langgar treler di Nako Nambua
Keadaan treler dan lori terbabit nahas di persimpangan lampu isyarat Nako Nambua di Kuala Nerang, yang menyebabkan seorang maut. – FOTO Polis

KUALA NERANG: Kelindan maut manakala pemandu cedera selepas lori dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Nako Nambua, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian jam 8.25 pagi itu, kedua-dua kenderaan terbabit dari arah yang sama menghala ke pekan Kuala Nerang.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Abdull Razak Osman, berkata siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 22 tahun, dipercayai dalam perjalanan untuk mengambil durian di Durian Burung.

Namun sebaik tiba di tempat kejadian, lori itu dipercayai melanggar belakang treler membawa muatan kayu papan yang ketika itu sedang berhenti disebabkan lampu isyarat merah.

“Akibatnya kelindan lori di tempat duduk penumpang hadapan tersepit dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan bomba. Mangsa berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Nerang (HKN) yang tiba di lokasi,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

Abdull Razak berkata, pemandu lori terbabit mengalami luka di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke Zon Kecemasan HKN untuk rawatan lanjut, namun difahamkan dalam keadaan stabil, manakala pemandu treler dilaporkan tidak cedera.

“Mayat mangsa yang maut kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat. Setakat ini punca kemalangan masih dalam siasatan dan ujian awal ke atas pemandu lori mendapati dia negatif dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil ke Balai Polis Trafik Padang Terap bagi membantu siasatan.

Kelindan maut, pemandu cedera lori langgar treler di Nako Nambua

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker