Subvarian Omicron dikesan di 57 negara – WHO
GENEVA: Beberapa kajian menunjukkan subvarian daripada jujukan Omicron yang mempunyai kebolehjangkitan tinggi COVID-19 mungkin merebak dengan lebih pantas, berbanding versi asal dengan kini dikesan di 57 negara, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam.
Omicron yang merebak dengan pantas dan banyak bermutasi menjadi varian dominan di seluruh dunia sejak pertama kali dikesan di selatan Afrika, kira-kira 10 minggu lalu.
Dalam kemas kini minggu epidemiologi mingguan, WHO berkata varian berkenaan merangkumi lebih 93 peratus daripada semua spesimen COVID-19 yang dikumpul pada bulan lalu membabitkan beberapa subvarian iaitu BA.1, BA.1.1, BA.2 dan BA.3.
Katanya, versi pertama subvarian BA.1 dan BA.1.1 yang mula dikesan tetap menyumbang lebih 96 peratus daripada semua jujukan Omicron yang dimuat naik ke Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID).
Bagaimanapun, terdapat peningkatan ketara dalam kes membabitkan BA.2, dengan mengira beberapa mutasi berbeza daripada yang versi asal, termasuk lonjakan protein yang memenuhi permukaan virus dan kunci untuk memasuki sel manusia.
“Subvarian BA.2 yang dikemas kini GISAID menunjukkan ia dikesan di 57 negara setakat ini,” kata WHO sambil memaklumkan di beberapa negara, sub-varian itu kini menyumbang lebih separuh daripada semua jujukan Omicron yang dikumpul.
Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PPB) itu berkata, ketika ini hanya sedikit data diketahui mengenai perbezaan antara subvarian itu dan menggesa kajian berkenaan ciri-cirinya, termasuk kebolehjangkitan, bagaimana kaedah terbaik untuk mengelakkan perlindungan imun dan virulensinya.
Beberapa kajian baru-baru ini memberi bayangan BA.2 lebih berjangkit daripada varian asal Omicron.
Pakar terkemuka WHO mengenai COVID-19, Maria Van Kerkhove, berkata maklumat mengenai subvarian sangat terhad, tetapi beberapa data awal menunjukkan BA.2 mempunyai ‘sedikit peningkatan dalam kadar pertumbuhan, berbanding BA.1’.
“Kami memerlukan orang ramai sedar bahawa virus ini terus beredar dan ia terus berkembang.
“Adalah penting untuk kita mengambil langkah bagi mengurangkan pendedahan kepada virus ini bagi mana-mana varian yang sedang bermutasi,” katanya. – AFP
Baca Artikel Menarik:
- Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian
- Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery
- Fitnah PM: SetPol buat laporan polis
- Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun
- PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor
- Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman
- PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah
Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?
You must be logged in to post a comment.