Kerajaan diminta jelaskan keputusan mencurigakan PN batal HSR

Kerajaan diminta jelaskan keputusan mencurigakan PN batal HSR

Kerajaan diminta menjelaskan secara terperinci keputusan pentadbiran terdahulu membatalkan projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, susulan laporan Malaysia sedang berusaha memulihkannya.

Aziz Kaprawi, bekas Timbalan Menteri Pengangkutan ketika HSR dimulakan pada 2013, berkata ada “sesuatu yang mencurigakan” mengenai pembatalan projek itu oleh kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, kesangsiannya berpunca daripada dakwaan perbezaan kos – dan hasilnya – antara HSR KL-Singapura serta cadangan HSR KL-Johor Bahru.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Machang, Jazlan Yaakub daripada Umno mendakwa menerima maklumat kajian perbandingan kedua-dua projek itu dan mempersoalkan sama ada Kabinet terdahulu sudah dimaklumkan mengenai jumlah berkenaan.

Katanya, maklumat itu menunjukkan HSR KL-Singapura hanya menelan kos tambahan sebanyak RM3.6 bilion atau 5.3% daripada HSR KL-JB, tetapi projek yang menghubungkan dua negara itu akan membawa pendapatan tambahan sebanyak RM352 bilion (61%) dalam tempoh 50 tahun.

Tahun lalu, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin daripada Bersatu mengumumkan pembatalan HSR KL-Singapura, menyebabkan Putrajaya perlu membayar pampasan kira-kira RM320 juta kepada republik itu.

Aziz, bekas Ahli Parlimen Umno untuk Sri Gading di Johor, berkata anggaran hasil yang dipetik Jazlan bagi HSR KL-Singapura betul kerana itu yang dibentangkan kepada kerajaan ketika projek berkenaan dimulakan.

“Kerajaan perlu telus dengan data berkaitan projek itu. Jika data yang dikongsi Jazlan sememangnya tepat, maka kita perlu tanya kenapa PN membatalkan projek itu.

“Apa masalahnya dengan membelanjakan tambahan RM3.6 bilion yang akan memanfaatkan rakyat dan negara dalam jangka panjang? Melainkan, seseorang mendapat manfaat daripada pembatalan itu. Itu sebabnya, bagi saya, ada sesuatu yang mencurigakan.”

Katanya, penting untuk menghubungkan KL dan Singapura – dua bandar global – bagi memacu ekonomi dan pelancongan di sepanjang jajaran kereta api, di mana sambungan KL-JB akan bertindih dengan projek landasan berkembar antara kedua-dua bandar itu.

“Saya berharap tiada kerajaan akan meneruskan idea HSR KL-JB. Itu idea daripada kerajaan gagal pimpinan Muhyiddin. Kita perlu lakukan apa yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia.” FMT

Kerajaan diminta jelaskan keputusan mencurigakan PN batal HSR


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker